Winter Solstice Festival Atau Dongzhi

Dalam bulan Disember ni, aku tengok ramai kawan-kawan Chinese aku letak gambar satu jenis makanan dalam Facebook dan Twitter diaorang dan ada sebut pasal Winter Solstice Festival atau pun Dongzhi. Aku selaku Melayu yang duduk bawah tempurung pun pelik lah, apa benda Winter Solstice Festival tu sebenarnya?

Winter Solstice Festival
Jadi aku pun semangatlah Google apa dia Dongzhi Festival ni. Pesta ini adalah antara pesta yang paling penting disambut oleh kaum Cina semasa Dongzhi Solar Term. Sambutan ini dirayakan pada atau sekitar 22 Disember (berdasarkan waktu Timur Asia). Pada tahun ni, Winter Solstice Festival telah jatuh pada tanggal 22 Disember 2014.


Apa Itu Dongzhi Solar Term?

Aha! Aku pun tak tahu jadi aku Google sekali lagi. Winter Solstice ni sebenarnya adalah satu fenomena astronomi yang menandakan hari paling pendek dan malam yang paling panjang untuk tahun tertentu. Macam mana boleh jadi macam tu aku malas nak taip dekat sini sebab terlalu astronomical sangat. Kalau korang nak baca, boleh baca dekat laman web Time and Date ni.

Jadi, Apa Kaitan Winter Solstice Dengan Kaum Cina?

Haah, apa kaitan dia ya? Korang tahu tak yang kaum Cina ni kan percaya tentang falsafah Yin dan Yang diaorang? Jadi -- Siang dan Malam. Yin dan Yang? Adalah kaitannya.
Ying Yang

Apa Yang Kaum Cina Buat Semasa Pesta Dongzhi Ni?

Dongzhi ni apa yang aku nampak lebih kurang macam Hari Thanks Giving. Yang bezanya adalah Dongzhi disambut oleh Kaum Cina berdasarkan kalendar Cina. Pada waktu pesta ni, kaum keluarga akan berkumpul ramai-ramai dan meraikan tahun tersebut.
Dekat atas tadi aku ada sebut pasal ramai kawan-kawan Chinese aku yang letak gambar satu jenis makanan ni kan. Nama makanan tu ialah Tangyuan ataupun bola beras pulut.  Nampak macam best pulak kan warna warni macam tu. Kalau halal, aku pun macam nak cuba rasa dia macam mana. Heheheh.
Tangyuan
Waktu ini, setiap ahli keluarga akan menerima sekurang-kurangnya satu Tangyuan sebagai tambahan kepada beberapa yang kecil. Bentuk bulat Tangyuan ni melambangkan keutuhan dan perpaduan keluarga.

Ciri-ciri Tangyuan:

  • Bola tepung biasa atau disumbat dengan biji bijan, kacang, kacang merah atau badam.
  • Kadang-kadang berwarna putih atau berwarna terang.
  • Dimasak dalam sup manis atau syrup. 
  • Saiz sama ada kecil atau besar.

Perayaan Winter Solstice ni dah pun lepas iaitu pada 22 Disember yang lepas. Kalau aku tahu awal-awal, mungkin aku boleh mintak mana-mana kawan Chinese aku untuk bawak makan tangyuan atau tengok kalau-kalau ada sambutan yang diadakan untuk pesta ni.

Hah, lepas baca entri pasal Pesta Dongzhi ni, dah tambah satu ilmu untuk kita semua. Terima kasih sebab membaca :)

0 comment... add one now