2 Cara Memudahkan Orang Follow Blog Anda

Hari semalam aku bila aku nak tengok Reading List aku, aku nampak kosong je. Aku dah biasa kena macam ni. Jadi, aku refresh je. Bila dah 2 3 kali refresh tak keluar apa-apa jugak, aku pun rasa pelik sangat kenapa. Bila fikir-fikir balik, sebelum tu aku ada edit, delete dan tambah sesuatu dalam Setting Google+ aku.  Disebabkan aku linkkan blog aku dengan akaun Google+, apa-apa aku edit dekat Google+ akan effect pada blog jugak.

Sudahnya, aku terpaksalah follow balik blog yang aku pernah follow sebelum ni. Disebabkan sebelum ni aku follow banyak gila lebih kurang 600 lebih, aku pun dah tak ingat lah link semua. Yang aku mampu cuma follow blog yang dah follow aku.
Follower blog
Bayangkan aku kena follow 240 blog satu-satu semalam. Haruslah tak larat. Tambah pulak lagi ada yang tak letak link blog diaorang. Macam mana nak follow kan? Kalau ikut gambar yang belah kanan dekat bawah ni, kan senang aku nak follow sebab dah ada link blog dia. Ha nah pergi follow blog Nooriah Abdullah ni. Hee. Cuba tengok gambar belah kiri dekat bawah. Tak ada link. Macam mana nak follow eh? Tapi, demi followers aku, aku sanggup Google nama diaorang untuk cari blog diaorang tauuuuu. Baik aku ni. :p

Link dalam Blogger Profile

Daripada 240 followers aku, aku cuma mampu follow 152 blog je baru. Yang aku dah follow semua yang letak link blog masing-masing. Yang lebih-lebih dalam 88 blog lagi semua jenis yang tak letak link dalam blog ataupun dalam Google+ diaorang. Jadi, hari ni aku nak tunjuk sikit cara nak letak link supaya orang boleh follow blog korang semula dengan mudah.

2 Cara Memudahkan Orang Follow Blog Anda

1. Letak Link Blog Dalam Google+ 

Pergi ke akaun Google+ korang > About > Link > Edit > Isikan bahagian "Contributor to" dengan url blog korang

Google+

2. Letakkan link blog korang dalam Blogger Profile

Kalau ikutkan Blogger baru, lepas je korang daftar untuk blog baru guna Blogger Profile, link blog korang akan diletakkan dekat profil korang secara automatik. Kalau yang lama, mungkin tak. Kena letak sendiri.

Blogger profile 
Ini untuk Blogger yang baru je. Ikutkan Blogger baru ni, link blog korang dah siap-siap letakkan link blog korang. Kalau Blogger yang lama, mungkin kena letak link secara manual. Kalau korang nak tahu macam mana letak link blog dekat Blogger lama, korang boleh refer dekat blog Nor Hayati Nor Aziz ataupun dekat blog Cempaka Melati ni. Aku tak boleh nak tunjuk tutorial sebab aku dah upgrade ke Blogger yang baru.

Update: Hari ni aku nampak ada orang up pasal unfollow-unfollow blog ni dekat FB dan blog. Hakhakhak. Meroyan jugak korang bila ada unfollow blog ye? Buat rilek sudah. Cuma aku nak tanya satu je. Korang yang meroyan ni, follow ke semua orang yang follow korang? :p



{ 8 comments.. read them below or add one }

Zie Azi Zie Azi 22 October, 2015
dh try buat, berkesan sgt. good info & tq for sharing
Fadzi Razak Fadzi Razak 23 October, 2015
No problem. Glad i can help :D
Mohamad Atiq Wahdan Mohamad Atiq Wahdan 11 November, 2015
wahh, bagus info nie. . .dh try buat. .tunggu nak tengok hasilnya plak. .thanks :-)
Anginsepoi Anginsepoi 13 January, 2016
Nk try jgk la.. wlpun pun xberapa pandai lg
Fadzi Razak Fadzi Razak 13 January, 2016
Tak apa slow slow buat :)