5 Perbezaan Ketara Pak John Steamboat & BBQ Dengan Restoran Steamboat Yang Lain

Siapa peminat steamboat dekat sini? Angkat keyboard! Hehehe. Malam semalam aku sempat singgah dekat Pak John Steamboat & BBQ cawangan eCurve Mall, Mutiara Damansara atas jemputan blogger Halim Brother. Sejujurnya Pak John Steamboat & BBQ ni memang luar dari tanggapan aku bila awal-awal aku dapat jemputan ni. Nak tahu kenapa?

Pak John Steamboat & BBQ
Sebelum ni aku ada jugak pergi makan dekat restoran steamboat selain daripada Pak John Steamboat. Yang jenis buffet ada dan yang jenis set pun ada. Tapi, Pak John Steamboat & BBQ ni memang rare dan lain daripada restoran steamboat lain yang aku pernah pergi.

Sijil Sah Halal Pak John Steamboat & BBQ

1. Ada Sijil Sah Halal Daripada JAKIM

Pak John Steamboat & BBQ telah pun disahkan Halal Jakim dengan rujukan nombor MS 1500:2008 2 071-11/2013 pada 1 Januari 2015 baru-baru ni. Lepas ni kita yang beragama Islam ni tak perlu rasa ragu-ragu lagi nak mengketedarah dekat sini. :)

Sup Pak John Steamboat & BBQ

2. Ada 6 Pilihan Sup Steamboat

Pelbagai sup steamboat untuk korang pilih macam Beef Bone Soup, Chicken Soup, Miso Soup, Curry Soup dan 2 pilihan sup istimewa Tomyam Soup dan Prawn Soup menjadi pilihan ramai. Istimewa tomyam soup Pak John Steamboat & BBQ adalah dibuat secara homemade dengan menggunakan bahan-bahan asli resepi tomyam. Kalau yang alergik udang tu, Prawn Soup tu dia buat daripada pes udang. Kalau korang boleh makan, order lah yang Prawn Soup. Aku order Prawn Soup semalam.

Premium Item Pak John Steamboat & BBQ

3. Ada 4 Jenis Premium Item Yang Berkualiti Dan Segar

Dekat Pak John Steamboat & BBQ ni ada 4 menu yang agak rare untuk restoran jenis steamboat. Untuk 4 menu premium item ni, korang kena order dekat chef di dapur. Kenapa? Ha, sebabnya  diaorang tak letak 4 menu di luar macam item-item lain. Untuk menjaga kualiti dan nak elak kan cepat kering. Jadi, 4 menu ni memang fresh. 4 jenis Premium Item yang ada:
  • Premium Abalone slices
  • New Zealand Lamb slices
  • Australia Beef slices
  • Smoke Duck Breast

Sos Pak John Steamboat & BBQ

4. Ada 7 Jenis Signature Sauce

Dekat Pak John Steamboat & BBQ ni sediakan 7 jenis sos untuk korang dan setiap sos memang ada rasa yang tersendiri. Antara sos yang disediakan di sini:
  • Thai Sauce
  • Belacan Sauce
  • Sweet Sauce
  • Thai Green Chili
  • Soya Sauce
  • Garlic Chili Sauce
  • Pineapple Sauce 

Live Band Voscape Pak John Steamboat & BBQ

5. Ada Hiburan Muzik Akustik Dari Kumpulan Voxsape

Pada hujung minggu, para pelanggan Pak John dihiburkan muzik-muzik akustik oleh kumpulan Voxsape dari jam 6 petang sehingga jam 10 malam. Suara diaorang not bad. Aku makan sana hari tu, sambil makan sambil bergerak-gerak kepala dengan kaki ikut diaorang menyanyi. Hahaha.

Masa aku mula-mula masuk ke dalam restoran Pak John Steamboat & BBQ ni, aku dah kagum gila. Restoran ni besar gila.  Besar dia boleh muat sampai 260 orang dalam satu-satu masa. Dan ada 2 bilik VIP bagi korang yang nak kan privasi.

The Best Steamboat in Town - Pak John Steamboat & BBQ

Set buffet "ALL You Can Eat" di Pak John Steamboat dekat sini memang berbaloi gila aku rasa. Korang boleh makan seberapa banyak yang korang nak dan jugak boleh tambah sup steamboat. Korang boleh pilih 100 jenis pelbagai makanan sayuran, daging, makanan laut, steamboat, dessert, 4 premium item, dimsum, teppanyaki, burger, aiskrim, air buah, coffee dan banyak lagi tanpa had. 

Harga bagi set buffet ni:
Isnin hingga Khamis RM46
Jumaat hingga Ahad RM49

Waktu operasi:
10 pagi hingga 10 malam 
  
Alamat:
Restaurant Pak John Steamboat & BBQ
eCurve
Lot LG-13A & LG-15,
Lower Ground Floor, eCurve
No. 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya
Tel: 03-7733 3913 


Aku tak puas lagi makan dekat Pak John Steamboat & BBQ ni. InsyaAllah aku akan pergi lagi nanti. :D


Post a Comment

1 Comments