Anugerah Juara Lagu 29 18 Januari 2015

January 18, 2015

Hari ni Anugerah Juara Lagu ke 29 sedang dianjurkan bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil bermula pada pukul 9.00 malam tadi. Sebelum tu pulak ada Pink Carpet berlangsung pada pukul 8.30 malam. Kalau ada yang tak dapat pergi Stadium Putra Bukit Jalil, korang boleh tengok dekat TV3 atau pun boleh tengok live streaming dekat Tonton atau dekat laman web Anugerah Juara Lagu.

Anugerah Juara Lagu
Pengacara untuk Anugerah Juara Lagu 2015 kali ini adalah  AG dan Scha Alyahya bukan Scha Nazri. Hikhikhik. Tema AJL tahun ini "Gema Dalam Muzik". Sebanyak 12 lagu yang dipertandingkan pada Anugerah Juara Lagu pada tahun 2015 ni. Kalau nak tengok lagu-lagu dan penyanyi atau kumpulan yang bertanding pada hari ni, korang boleh rujuk entri Senarai Lagu Yang Masuk Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 29 18 Januari 2015.

Persembahan pertama dimulakan  dengan medley lagu-lagu popular M. Nasir dengan iringan orkestra live di bawah bimbingan Ramli MS. 

Hazama The Penglipurlara
Untuk persembahan pertama, Hazama The Penglipurlara mendendangkan lagu Malaikat. Mula-mula keluar pentas je, dah nampak macam vampire pakai cape putih labuh membelakangkan penonton. Hahahha.

Indah Ruhaila
Persembahan kedua pulak daripada Indah Ruhaila dengan lagu Percayalah. Persembahan Indah Ruhaila bagi aku simple je. Tak ada gimik pape. Sebenarnya, siapa Indah Ruhaila ni? Tapi dress putih dia masa persembahan tu cantik. Heee. Waktu persembahan Indah Ruhaila ni tiba-tiba lampu chandelier belah kiri dia jatuh. Tak pasti gimik atau accidentally jatuh. Homaigod. Aku rasa memang terjatuh dan bukan gimik pun. Tapi, aku respek Indah sebab dia tak gelabah pun masa lampu tu jatuh.

Alyah
Persembahan ketiga pulak daripada Alyah dengan lagunya Sesal Separuh Nyawa. Aku tengah tunggu je gimik dia ni. Dalam paper kata dia nak buat gimik. Hehehhe. Okay, gimik dia mula-mula aku tak faham. Rupanya dia guna projektor keluarkan Alyah waktu menyanyi. Ada dalam 4 5 "Alyah Projektor" sebelum Alyah yang betul keluar. Tapi, tudung Alyah nampak ermmm, pelik?  

Dato Hattan dengan Waris
Lagu keempat -- Gadis Jolobu daripada Dato Hattan dengan Waris. Lagu ni aku blur sikit sebab pakai loghat Negeri Sembilan. Tak berapa nak faham. Walaupun Ibu dengan Ayah duduk Rembau, aku still tak faham loghat Negeri Sembilan. Huhuhu. Aku layan kan aja lagu ni sebab lagu dia rancak.

Mojo
Mojo membawa lagu Romancinta. Tapi kali ni bukan Aweera yang menyanyikan lagu ni sebaliknya ada vokalis baru yang menggantikan Aweera iaitu Ryan Brakhma. Tapi, untuk AJL 29 ni, Edry buat gimik gila betul. Dia ambil buskers untuk menyanyikan lagu ni -- Caliph Baskers. Wow wow wow. Pelik sungguh aku. Dan vokalis busker tu sebenarnya OKU -- tang pengelihatannya. Siap dapat standing ovation daripada penonton, pada aku memang gila la. 

Amy Search dengan Bunkface
Rentak Laguku pulak gandingan antara Amy Search dengan Bunkface. Macam biasalah kalau Bunkface dengan Amy Search, mesti style Gothic punya. Bagi aku lagu ni biasa-biasa je kot. Mungkin tak kan menang tapi siapa tau kan? Lagu rancak, jadi layankan je lah dulu. Yang satu perkara aku ingat pasal Bunkface ni, diaorang selalu suruh penonton bangun dan ikut dieorang nyanyi atau tepuk tangan. Ingat ini konsert diaorang kot. Huhuhuh.

Joe Flizzow dan Sonaone
Lagu yang aku rasa paling menyayat hati. lebih menyayat hati daripada lagu Alyah. Aku Tanya Apa Khabar daripada Joe Flizzow dan Sonaone. Waktu pertama kali aku tengok video clip lagu ni, memang dah bajet lagu ni Joe Flizzow buat untuk Malique. Aku tak pasti lah kalau korang yang muda-muda ni tau ke tak pasal Hip Hop band Too Phat. Dulu aku minat gila kot diaorang. Waktu muda-muda. Sekarang dah tua sikit. Hohoho. Mesti Joe rindu gila dekat Malique sekarang ni. Aku pun rindu diaorang. :(

*********
Lepas persembahan daripada Joe Flizzow dan Sonaone ni, protege-protege Mentor pulak buat persembahan dengan membawa kan lagu Ku Mohon daripada penyanyi asal Shiela Majid.
*********

Stacy
Stacy pulak bawak lagu Gilalah. Dan props dia buat macam kelas dekat sekolah. Dari sekolah tiba-tiba tukar ke back street pulak. Siap sempat tukar baju lagi. Lepas tu tukar background macam dekat circus. Power gila. Aku rasa kalau tak buat betul-betul ni, persembahan boleh jadi hancur sebab nak tukar background lepas tu nak tukar baju lepas tu nak menari lagi lepas tu nak kawal suara pulak. Aku harap Stacy boleh menang Persembahan Terbaik nanti.

Dayang Nur Faizah
Dayang Nur Faizah membawa lagu Di Pintu Syurga. Lagu ni aku rasa ada drama yang pakai buat OST tapi aku tak pasti drama apa. Tapi memang dari dulu aku suka suara Dayang. Suara dia serak-serak basah menggoda gitu. Memang best. Aku suka tengok accessories yang Dayang pakai dekat tangan dia walaupun aku tak suka baju yang dia pakai. Housemate aku buat lawak bangang. Dia nampak muka Dayang gelap, dia pun cakap "Hmm, stok Qu Puteh untuk Dayang untuk setahun" dengan muka penuh serius. Aku harap Dayang menang Vokal Terbaik. 

Hafiz
Hafiz pulak bawak lagu Matahari. Style pembukaan lagu Matahari guna gitar ni macam lagu-lagu lama orang putih. Hehehe. Lagu ni bagi aku agak slow. Persembahan dia pulak macam lebih kurang persembahan yang Hafiz buat masa dia menang persembahan terbaik masa nyanyi lagu Awan Nano AJL 26 yang dia pakai baju selekeh dan tak pakai kasut atas pentas tu. Mungkin Hafiz mengharap untuk ulang balik persembahan sempoi pun boleh menang persembahan terbaik tu.  

Yuna
Disebabkan sekali lagi Yuna tak dapat perform untuk AJL pada tahun ni, Najwa dipilih untuk menggantikan Yuna untuk menyanyikan lagu Lelaki. Pada aku persembahan Najwa simple saja. Back up dancers pun ada guna budak-budak. Tapi suara Najwa masa nyanyi part "Tak guna, Tak guna, tak guna" tu power jugak lah. Hehehhe. 

Shila Hamzah
Shila Hamzah dengan lagunya Masih Aku Cinta. Mula-mula menyanyi menghadap cermin penuh lepas tu dia bergerak ke arah cermin yang retak seribu pulak. Kemudian Shila bergerak ke cermin yang penuh dengan dedaun. Kalau korang orang artistik, mungkin korang akan faham maksud tersirat dengan cermin-cermin tu. Dengan alunan alat muzik Cina Er-Hu, memang style lah bagi aku. Mungkin boleh menang Persembahan Terbaik. Lagipun lagu ni memang sedap pun. Biasanya lagu-lagu yang memang dekat dengan hati orang ni memang sedap pun.    

 *********
Persembahan daripada Tomok dan Ronnie dengan lagu Kita Serupa memang sempoi dengan rentak reggea. Head Wind pulak bawak lagu Memori Luka dan Suraya. 
*********

Dah cukup 12 persembahan daripada semua penyanyi. Dah semangat nak tau siapa yang akan menang? Heeee. Kalau nak tau pemenang Anugerah Juara Lagu ke 29, boleh tengok entri Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu 29 18 Januari 2015 lepas ni.




You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter