Biasiswa Karangkraf Untuk Pelajar Lepasan SPM, STPM dan Diploma

Sebelum ni aku ada kongsikan dengan korang pasal permohonan untuk sambung belajar dekat UiTM, UM dan OUM kan? Hari ni aku ada dapat tahu pasal satu biasiswa yang ditaja oleh Karangkraf untuk pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM dan jugak Diploma. Bagi sesiapa yang berkira-kira nak sambung belajar peringkat Asasi, Diploma dan Ijazah, korang boleh ambil kesempatan ini untuk memohon biasiswa Karangkraf ni.

Biasiswa

Tapi, tapi, tapi. Karangkraf hanya taja pelajaran dekat beberapa institusi pengajian tinggi saja. 

Antara institusi pengajian tinggi tersebut adalah:

  • Universiti Selangor (UNISEL)
  • Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
  • Unitar International University
  • Segi University College
  • Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia dan berumur kurang dari 25 tahun
  2. Keputusan cemerlang dalam SPM (Minimum 8 Kepujian), STPM/Matrikulasi/Diploma atau yang setaraf dengannya sekurang-kurangnya 3.00
  3. Aktif dalam sukan & aktiviti ko-kurikulum
  4. Fasih & boleh menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris
  5. Tidak terlibat dan terikat dengan mana-mana dana Pendidikan atau pinjaman pendidikan yang lain.
  6. Menerima tawaran kemasukan dari mana-mana institusi

Biasiswa Karangkraf


KAEDAH PERMOHONAN

Permohonan boleh dicetak di laman web http://www.karangkraf.com/dana.  Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat tawaran kemasukan ke IPTS. Pemprosesan permohonan tersebut mengambil masa selama 14 hari bekerja daripada tarikh penerimaan.
Di antara  dokumen sokongan yang telah ditetapkan untuk diserahkan adalah seperti berikut:-

  1. Borang Permohonan Biasiswa Karangkraf.
  2. Salinan Kad Pengenalan pemohon (muka hadapan dan belakang dibuat salinan pada muka surat yang sama);
  3. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  4. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTS (surat tawaran dari cetakan laman web IPTS boleh diterima);
  5. Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh : STPM / DIPLOMA / MATRIKULASI
  6. Salinan Slip Gaji / Salinan Borang Cukai Pendapatan (Individu) / Salinan Kad Pesara / Salinan Penyata Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak     Bekerja – IBU, BAPA, PENJAMIN 1 DAN 2
  7. Salinan kad pengenalan / salinan Passport ibu dan bapa kandung;
  8. Salinan kad pengenalan / salinan Passport PENJAMIN 1 DAN 2;
  9. Salinan sijil kematian / Surat Akuan Sumpah sekiranya ibu / bapa kandung telah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan;

Untuk maklumat lanjut, apa kata korang yang berminat ni terus je hubungi Karangkraf dengan maklumat dekat bawah ni.
Nama Pegawai :  Nurhidayati Binti Mohd Nasir
Alamat :  Biasiswa KarangkrafKumpulan Media Karangkraf Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam Selangor Darul Ehsan 
No. Telefon    : 03-5101 3342/3343 
No. Faks        : 03-5101 3308 
Facebook : Biasiswa Karangkraf


Good luck!

0 comment... add one now