BR1M 2015 Dah Masuk?

Nampak gayanya ramai yang dah up entri pasal BR1M dah masuk ke akaun masing-masing. Ye ke? Korang dah check dah akaun korang mana tau kene kelentong je dah masuk. Hihihih. Sebenarnya..... Aku tak dapat BR1M :(

BR1M

Kalau diikutkan daripada laman web Bantuan Rakyat 1 Malaysia, BR1M 2015 akan mula dimasukkan ke dalam akaun bank penerima pada 15 Januari 2015 sebab nak membantu golongan yang terlibat dengan banjir tu. Tapi, ada jugak aku nampak blogger-blogger dan kawan-kawan dekat Facebook dah tunjuk akaun bank diaorang dah masuk BRIM tu. Alhamdullilah kalau dah masuk. Gunakan duit tu dengan baik. Jangan boros. 

Korang tak dapat lagi BR1M? Hati gundah gulana? Makan tak kenyang, mandi tak basah? Semak bank hari semalam, tak dapat lagi? Semak bank hari ni pun tak dapat lagi? Jangan risau. Cuba korang semak status permohonan BR1M korang. Kalau keluar status "Permohonan Diterima", insyaAllah adalah tu kot cuma lambat je sikit. 

https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s

Menurut laman web Bantuan Rakyat 1 Malaysia lagi,  ada yang dah dapat BR1M sejak 12 Januari 2015 lagi dan bank-bank yang terlibat adalah CIMB, RHB, Maybank dan BSN. Tapi ada jugak pemegang akaun Maybank dan rakyat Malaysia yang ada di Sabah dan Sarawak yang tak dapat lagi.

Dekat bawah ni ada jadual agihan BR1M 4.0. Nasihat aku lepas tengok jadual dekat bawah, jangan gembira sangat tengok jadual tu. Mungkin akan ada delay atau mungkin jugak akan terawal. Jadi, tawakal saja lah. Jadual dekat bawah ni untuk yang berkeluarga saja okay. Yang bujang tu, masuk sekali saja tau.

Jadual pengaihan BR1M

Hmmm, tak dapat BR1M pun tak apalah. :( Pergi menangis di tepi bucu katil.


0 comment... add one now