Cara Buat Duit Online Menggunakan Skill Yang Anda Ada

January 30, 2015

Ada tak antara korang yang pernah dengar pasal iLancee? Kalau ada yang masih tak tau, melalui iLancee ni, korang yang ada skill macam-macam tu, boleh buat duit secara online.  Buat duit online? Mesti masih ramai yang tak percaya melalui online saja, kita boleh buat duit kan?

iLancee.com

Selagi korang ada skill yang orang duduk cari-cari tu, selagi tu korang boleh dapat duit secara online. Skill apa yang aku maksudkan? Ok, contoh macam aku ada skill design atau reka blog untuk korang. Aku akan buat satu iklan dekat iLancee tu untuk promosikan skill aku buat design blog. Lepas semua kerja design-mendesign siap, aku pun dapat duit, client aku pun dapat design dia. Win win situation kan. Dan yang tambah bagus lagi, hampir kesemua skill yang ditawarkan dekat iLancee ni memang murah-murah. 

iLancee: Servis Murah, Menarik dan Berkualiti


Kalau korang ada skill yang bagus dan berminat untuk buat duit online, apa kata korang daftar saja dekat iLancee ni. Aku pun dah lama daftar. Tahun lepas lagi. Daftar free saja. Kalau korang nak tau macam mana nak daftar, boleh baca dekat Buat Duit Tanpa Modal Di iLancee ni.

Kat sini aku senaraikan beberapa idea skill atau kemahiran yang korang boleh gunakan untuk buat duit online melalui iLancee.
  • Bina/design blog blogspot/wordpress
  • Buat design banner/header untuk blog/iklan blog/FB
  • Buat review untuk blog, produk atau servis
  • Ajar orang buat akaun Paypal
  • Buat artikel untuk blog orang lain
  • Buat programming 
  • Jual software/blog theme/blog plugin
  • Buat video korporat etc
  • Buat design kad nama/logo

Servis review Fadzi Razak

Ha, banyak kan yang korang boleh buat sebenarnya. Aku pun dah naik kan iklan dekat iLancee untuk buat beberapa kerja antaranya buat banner, buat header, buat design blog, buat review untuk blog, produk serta servis, cipta logo, reka FB/Twitter Timeline cover dan buat artikel untuk blog lain. Kalau ada yang berminat untuk dapatkan servis aku, boleh lah email ke fadzirazak@gmail.com atau tengok-tengok GIG aku dekat iLancee tu. Sebenarnya senang saja nak buat duit online ni cuma kita kena pandai cari ruang dan peluang.

Kalau korang nak aku ajar korang satu-satu macam mana nak daftar, macam mana nak bina gig, macam mana nak itu, macam mana nak ini, nah daftar dekat iLancee bawah aku (aku jujur ni, kalau korang daftar guna link ni maksudnya aku akan jadi referral korang), lepas tu bagi username korang dekat aku, nanti kita sama-sama buat benda ni. Okay?

Apa baca saja, jom lah buat duit secara online. Free saja kot. :p



You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter