Cuti Panjang Hujung Minggu 31 Januari Hingga 2 Februari 2015

January 26, 2015

Hari ni 26 Januari 2015. Sekejap saja rasanya masa berlalu. Aku rasa baru saja kita masuk bulan Januari ni dah nak habis dah. Dah nak masuk bulan Februari pulak. Banyak lagi misi dan visi blog aku yang masih tak tercapai ni. Dan banyak lagi yang aku perlu buat untuk mencapai misi dan visi blog sebelum sampai bulan Jun.

Cuti Panjang Hujung Minggu 2015

Sempena dah nak masuk bulan baru bulan Februari 2015 ni, aku cuma nak ingatkan korang pasal cuti panjang yang korang boleh nikmati pada hujung minggu ni. Cuti apa yang panjang sangat tu? 

Hujung minggu ni korang boleh menikmati 4 hari hari hujung minggu yang panjang. Boleh lah korang nak balik kampung atau pergi melancong ke luar negara atau berjalan-jalan dalam Malaysia pun boleh.

Cuti hujung minggu panjang 31 Jan - 3 Feb 2015

Pada 1 Februari 2015 nanti akan ada cuti Hari Wilayah sementara pada 3 Februari 2015 pula akan ada cuti Hari Thaipusam. Aku rasa ramai yang akan ambil cuti pada hari Isnin 2 Februari 2015 nanti sebab nak cuti panjang ni kan?

Aku tak ada plan ke mana-mana pun cuti panjang nanti. Kalau korang ada merancang nak pergi mana-mana, meh kongsikan dengan aku. Mana tau korang nak ajak aku pergi sekali ke. Hehehehe.

Jadi, selamat bercuti panjang di hujung minggu pada minggu depan nanti. Yang berkeluarga tu, spend time lah sikit dengan keluarga korang. Bagi student-student tu, apa kata pergi jalan-jalan panjat bukit ke mandi-manda dekat air terjun. Mesti seronok.

Nanti jangan lupa update apa yang korang buat cuti hujung minggu yang panjang awal bulan Februari 2015 nanti okay?



You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter