Diskaun Buku Dan Majalah Di Karnival Karangkraf

Setahu aku, Karangkraf ni banyak gila buat karnival kan? Sikit-sikit karnival itu, sikit-sikit karnival ini. Tahun lepas pun, banyak jugak aktiviti yang Karangkraf dah anjurkan termasuk lah Seminar Buat Duit Affiliate dengan blog. Akan datang ni, Karangkraf akan buat satu karnival lagi yang akan bermula pada 30 Januari sampai 1 Februari 2015 ni iaitu Karnival Karangkraf 2015.

Karangkraf

Dalam Karnival Karangkraf 2015 kali ini, korang yang kaki buku boleh dapat diskaun kaw-kaw sehingga 80% untuk pelbagai jenis buku dan majalah terbitan Karangkraf. Macam-macam jenis buku dan majalah daripada beberapa produksi contoh macam Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari yang korang boleh jumpa. Novel-novel pun sure banyak lah. Majalah-majalah bawah produksi Karangkraf macam Mingguan Wanita, Pa&Ma dan Rapi pun ada. 

Karnival Karangkraf 2015

Maklumat ringkas pasal Karnival Karangkraf 2015:
       Tarikh: 30 Januari 2015 - 1 Februari 2015
       Tempat: Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam

Antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan waktu Karnival Karangkraf 2015:
  • Forum Bicara Cinta Anak Muda Majalah 1
  • Temu mesra bersama penulis dan novelis Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari
  • Kenali lebih dekat editor majalah kesayangan anda

Kemudahan yang akan disediakan waktu Karnival Karangkraf 2015 nanti:
  • 1000 tempat parking
  • Gerai jualan makanan dan minuman
  • Khidmat 'shuttle' disediakan
  • Kemudahan surau dan solat Jumaat 

Waktu Karnival Karangkraf 2015 tu nanti pun akan ada penampilan istimewa daripada maskot popular macam Chi Chi & Cha Cha, Boboiboy dan SuperSquad. Aku rasa karnival ni memang sesuai sangat untuk korang bawak anak-anak sambil-sambil beli belah buku-buku serta majalah dengan harga yang murah-murah.

Bagi yang perlukan biasiswa untuk sambung belajar, korang pun boleh jugak kalau nak mintak biasiswa daripada Karangkraf ni. Diaorang pun ada sediakan scholarship untuk lepasan SPM, STPM dan jugak untuk budak-budak Diploma. Kalau berminat, boleh baca dekat Biasiswa Karangkraf ni.  

Oh, kalau korang pergi Karnival Karangkraf 2015 ni nanti, ambil gambar banyak-banyak dan jangan lupa hashtag #KarnivalKarangkraf.


0 comment... add one now