Hati-hati Bila Membeli-belah Di Giant

Sejak pindah ke Shah Alam ni, pasaraya Giant dekat sangat dengan rumah aku. Kalau nak beli barang-barang memang aku singgah pasaraya Giant lah sebab senang. Beli barang lepas tu makan terus dekat situ. Semalam makanan kucing aku dah habis. Jadi, aku pun rajin lah pergi pasaraya Giant untuk beli makanan kucing (baik kan aku ni? :p)

Giant

Aku ni berkira sikit bab duit-duit ni. Al maklumlah tak bekerja lagi. Sumber duit pun dapat dari orang bukan diri sendiri. Jadi aku ni sangat berjimat cermat. Kuikuikui. Tujuan utama aku pergi pasaraya Giant, off course lah nak beli makanan kucing. Jadi, aku pun pergi lah ke rak makanan kucing. 

Kucing aku suka makan brand SmartHeart perisa mackerel. Hari tu aku beli yang salmon punya, susah betul diaorang nak makan. Lepas ni kalau aku dah kerja dah ada duit sendiri, aku nak beli kan diaorang Royal Canin lah (berangan).

Giant
Ini gambar aku ambil dekat rak makanan kucing tu. Dekat rak harga dia tunjuk RM29.99 sebab tengah ada promosi. Aku pun seronok lah boleh dapat murah. Kalau tak harga sebenar dia RM34.99. 

Lepas dah siap-siap beli barang semua, aku pergi dekat kaunter nak bayar. Biasanya aku dah kira siap-siap berapa total harga barang yang aku kena bayar. Tak lah kira tepat-tepat tapi aku kira sipi-sipi je. Contoh kalau macam harga RM29.99 aku genapkan terus jadi RM30. Lepas tu tambah harga semua barang dapat lah total berapa.

Tapi, bila aku bayar untuk barang-barang yang aku beli semalam, macam terlebih pulak. Sepatutnya RMXX.XX tetibe jadi RMXX.XX. Ada extra beberapa ringgit. Aku ingat aku salah tapi sebab barang berat aku bawak lah semua barang balik rumah dulu. 

Resit Giant
Sampai rumah aku semak balik resit Giant. Ha, memang dah salah harga dah lah. Harga promosi sepatutnya RM29.99 cashier punch jadi harga asal RM34.99. Tapi sebab dah sampai rumah, aku jadi malas nak pergi Gaint semula. Heheh.

Tapi, aku masih tak puas hati. Haih, duit tu. Jadi, malam tu aku pergi balik Giant. Buat aduan pasal salah harga. Nasib baik pengurusan Gaint kat rumah aku senang kalau tak jadi macam kes Mazidul masa beli Senapang Battle Max Sceptor. Lepas tulis borang semua, cashier tu pulangkan duit RM10.00 pada aku.

Aku dengan seronok-seronok tu pergi beli makan malam kejap. Malas nak masak. Heheheh. Tiba-tiba aku kira semula duit yang cashier tu pulangkan. Hmm, macam tak patut je. Sepatutnya dia pulang RM5.00 saja tapi dia pergi bagi RM10.00 pulak. Eh eh rezeki aku kot.  Aku senyum lebar gila.

Syaitan

Nampak tak setan tengah hasut aku?

Lepas bayar duit makanan, aku fikir balik. Duit lebih RM5.00 tu bukan milik aku pun. Nanti aku pakai, jadi darah daging. BERDOSA pulak.

Nampak tak Allah tengah uji aku?

Last-last aku pergi balik ke kaunter khidmat pelanggan Giant dan cakap balik kat cashier tu yang dia terbagi duit lebih dekat aku. Cashier tu malu-malu pulak bila aku pulang balik RM5.00. 

Jadi, kesimpulan aku kat sini. Manusia ada buat salah. Kalau korang pergi membeli-belah tu, tak kiralah dekat Giant ke dekat mana-mana ke, semak lah resit yang korang dapat tu. Mana tahu tersalah harga, rugi duit korang.

Eh eh, siapa tahu harga Royal Canin berapa ringgit dan berapa kilo satu paket?



0 comment... add one now