Kadar Baru Passport Antarabangsa Malaysia 2015

January 16, 2015

Kadar Baru Passport Antarabangsa Malaysia 2015 | Aku rasa ni salah satu berita baik bagi kaki-kaki melancong ke luar negara untuk tahun 2015 ni. Mulai 15 Januari 2015, kadar baru passport antarabangsa akan dikemaskinikan. Harga dan tempoh tamat untuk passport juga akan berbeza.

Kadar baru passport Malaysia 2015

Passport Malaysia Antarabangsa bagi tempoh 2 tahun akan dimansuhkan. Dan harga terbaru passport Malaysia Antarabangsa bagi tempoh 5 tahun pulak akan dikurangkan RM100 iaitu dari RM300 kepada RM200. Pemansuhan dan penurunan harga ini berkuat kuasa pada 15 Januari 2015. 

Kategori
Kadar
Pemohon yang berumur 13 tahun hingga 59 tahun
RM200.00
Pemohon yang berumur 60 tahun ke atas

RM100.00
Pemohon yang berumur 12 tahun ke bawah
Jemaah haji
Orang Kelainan Upaya (OKU)
Percuma

Bagi aku, penurunan harga dan lanjutan tempoh sah ni memang menyeronokkan tapi yang tak seronoknya, bila nak keluar Malaysia, kena tukar matawang kita pada matawang negara yang kita nak pergi tu. Dan sekarang ni kan matawang Ringgit tengah jatuh teruk. Jadi, walaupun harga Passport Antarabangsa Malaysia dah makin murah, aku fikir 2 3 kali jugak untuk melancong ke luar negara pada waktu-waktu macam ni.

Mungkin lah mungkin. Mungkin lepas aku dah ada kerja dan hidup dah makin stabil sikit, mungkin aku akan pergi jugak melancong ke luar negara. Kali terakhir aku pergi melancong ke luar negara (dan jugak kali pertama :/) pun tahun 2012. Aku pergi ke Surabaya dengan keluarga. Lepas tu, tak dak dah. Huhuhuhu. Passport pun mati macam tu je , tak renew pun.

Passport Malaysia 2015
 
InsyaAllah kalau ada rezeki lebih, tahun ni atau pun tahun depan, aku merancang nak keluar dari Malaysia jugak untuk berjalan-jalan walaupun dalam Malaysia sendiri pun banyak lagi tempat yang aku tak pernah jejak. 

Oh ye, dalam banyak-banyak tempat dekat luar negara, mana yang korang teringin sangat nak pergi? Aku teringin sangat nak pergi Greece sebab bangunan dia cantikkkkk. :)  


You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter