Kejutan Di Konsert Akhir ExtraVaganza - Hairul Azreen Melamar Hanis Zalikha

Mula-mula aku nak cakap ni -- lebih kurang kepada confession. 

1. Aku tak tengok pun Konsert Akhir Gegar Vaganza sebab dah tamatkan perkhidmatan Astro hari tu. Kalau ada servis Astro sekali pun, aku tak kan tengok konsert ni.

2. Aku tak minat atau tak anti pun Hanis Zalikha atau Hairul Azreen ni. Aku tak ikuti sangat pun perkembangan diaorang mahupun artis-artis Malaysia atau luar negara.

3. Aku tulis artikel pasal Hairul Azreen Melamar Hanis Zalikha sebab nak naikkan trafik.  Dan, housemate aku tanya waktu dia dapat berita pasal Hanis Zalikha dilamar oleh Hairul Azreen ni dalam Facebook, tak nak buat entri pasal ni ke? Ingatkan tulis pasal semua benda.

Ha. Jujur tak? Sekian terima kasih.  Hahahaha. Ok, disebabkan aku tak tengok konsert ni, aku terpaksalah Google pasal cerita diaorang.

Hairul Azreen Melamar Hanis Zalikha
 

Blogger HANIS ZALIKHA DILAMAR MENJADI ISTERI oleh HAIRUL AZREEN.


Hairul muncul bersama barisan penari latar sewaktu persembahan kumpulan Kristal. Pada ketika itu, pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse menjemput Hanis untuk naik ke pentas.

Hairul Azreen telah meminta kebenaran ibu bapa Kek Nis terlebih dulu... selebihnya jawapan terpulang kepada Kek Nis...

“Ini bukan cincin tunang dan bukan cincin nikah. Ini adalah cincin tanda awak setuju dengan saya. Sudikah awak menjadi isteri saya?” ujar Hairul.

Hanis yang agak terkejut dengan lamaran tersebut dan membalas jawapan, “Insya-Allah, thank you."

Sekali lagi Hairul mengulangnya dengan bertanya " Yes or No ?".

Hanis membalas, "YES".

Sejurus Hanis membalas ‘yes’, Hairul menyerahkan sebentuk cincin belah rotan kepada Jihan Muse untuk disarungkan ke jari Hanis.

Tadi masa Konsert Akhir Gegar Vaganza 2014, Hanis mendapat kejutan dilamar oleh Hairul Azreen. Mestilah keluarga Hanis dah bagi greenlight, berani nak buat camtu, live pulak dekat anak orang. Hehehe


Maaf kalau aku cakap, aku tak setuju dengan cara Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha di khalayak ramai. Walaupun dah dapat persetujuan keluarga Hanis Zalikha. Mungkin ramai akan cakap:

"OMG, sweet nye!"

"Alah, kau jeles lah tu laki kau tak propose kau macam tu!"

"Diaorang artis kot. Lantak lah."

No. Dalam Islam sendiri ada cakap, tunang tu perlu dirahsiakan. Kenapa? Sebab kalau apa-apa terjadi sebagai contoh putus tunang, maruah kedua-dua keluarga masih boleh dipelihara. Ini belum confirm kahwin, kau dah menayang-nayang.

Blogger, Pelakon dan Pengacara Hanis Zalikha Dilamar Hairul Azreen 

Masa aku tengok video-video lamaran Hairul Azreen dan Hanis Zalikha tu, aku tak pastilah respon dan mimik muka Hanis Zalikha tu kenapa. Terkejut ke malu ke terpaksa ke. Itu aku tak nak komen sebab hanya empunya diri yang tahu.

Pelakon Hairul Azreen Melamar Hanis Zalikha

Aku nak komen lebih-lebih pasal perkara ni pun, susah jugak. Tak pasal-pasal kipas-susah-mati Hanis Zalikha dengan Hairul Azreen datang serang aku karang. Apa-apa pun, benda yang dah terjadi tu, biarlah lepas. Harap-harap lepas ni, orang ramai dekat luar tu (bukan artis pun termasuk) berpada-pada lah pasal nak tunjukkan kegembiraan nak kahwin. Aku faham, bila cakap nak kahwin, semua orang excited.

Nak sweet-sweet antara pasangan, biar kita saja lah yang tahu. Tak perlu nak tunjuk-tunjuk kot. 

Islam Pegangan KIta
 
Kita nak ikut cara Islam ke nak ikut cara *tet tet*? Tepuk dada, tanya iman. :) Aku doakan jodoh Hanis Zalikha dan Hairul Azreen berpanjangan hingga ke naik pelamin hingga akhir hayat. InsyaAllah, thank you.  


Melalui maklumat dari facebook, instagram dan beberapa sosial media, ada dinyatakan tentang penampilan Hairul Azreen bersama barisan penari ketika persembahan Kristal. Dalam masa yang sama Hanis Zalikha yang turut hadir ketika Konsert Akhir Gegar Vaganza dibawa naik ke pentas oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad.

Di atas pentas, di hadapan Hanis Zalikha dan ribuan penonton, Hairul Azreen memberitahu yang dia telah meminta keizinan ibu bapa Hanis Zalikha untuk memperisterikan si buah hatinya itu.

“Ini bukan cincin tunang dan bukan cincin nikah. Ini adalah cincin tanda awak setuju dengan saya. Sudikah awak menjadi isteri saya?” ayat lamaran Hairul Azreen.

Dalam malu-malu dan riak terkejut Hanis Zalikha menjawab “Insya-Allah, thank you."

Untuk mengesahkan jawapan Hanis Zalikha, Hairul Azreen bertanya sekali lagi, " Yes or No ?".

"YES'. Lafaz jawapan dari Hanis.

Sebentuk cincin diserahkan kepada Jihan Muse dan dipakaikan ke jari Hanis Zalikha. - See more at: http://invisiblenote.blogspot.com/2015/01/hairul-azreen-melamar-hanis-zalikha-di.html#sthash.Wn9ePfN4.dpu

0 comment... add one now