Kenapa Aku Rasa Tak Berbaloi Makan Main Course Dekat Secret Recipe

Secret Recipe. Memang terkenal dengan hidangan kek nya. Cakap saja nak makan kek versi yang mampu milik sikit, mesti terjah Secret Recipe. Betul ke tak? Sebut je nama-nama kek macam Durian Durian, Chocolate Indulgence dan Black Forest Cheese, semua Secret Recipe ada. Tapi, sebenarnya, Secret Recipe pun ada menghidangkan main course dan pelbagai hidangan yang lain. Cuma pada pendapat aku, tak berbaloi untuk makan hidangan lain selain kek dekat Secret Recipe ni. 

Secret Recipe

Baru-baru ni aku mengidam nak makan kek. Jadi, minggu lepas hari Sabtu, lepas tengok wayang dekat GSC Signature, aku pun pergilah Secret Recipe dekat Mid Valley waktu lunch hour. Alang-alang dah lunch hour, perut pulak berkeroncong. Jadi, aku pun order lah makanan dekat Secret Recipe.

Makanan apa yang diorder pada hari tersebut?

Grilled Black Pepper Chicken

Grilled Black Pepper Chicken (RM16.50)
Hidangan Grilled Black Pepper Chicken ni dihidangkan dengan nasi herba, jagung manis dan ayam panggang dengan sos black pepper.

Nasi herba rasa black pepper semata-mata. Tak ada garam, tak ada rasa masin dan rasa agak plain. Kalau makan nasi herba saja memang tak berapa kena dengan tekak lah. Tapi, disebabkan nasi dah rasa blackpepper dan kuahnya pulak black pepper, memang rasa black pepper dia kuat sangat. Jadi sangat tak sesuai nasi herba ni dengan kuah dalam hidangan Grilled Black Pepper Chicken ni.

Jagung manis pulak katanya jagung manis. Tapi, aku rasa macam jagung ni direbus (mungkin) kosong semata-mata, tak ada rasa manis butter atau marjerin atau gula. Bagi aku gadis kampung ni, mungkin boleh terimalah. Tapi, kalau korang yang jenis suka makan sweet corn, jagung ni mungkin tak berapa kena dengan selera korang. 

Grilled Mushroom Chicken

Grilled Mushroom Chicken (RM16.50)
Hidangan Grilled Mushroom Chicken ni dihidangkan dengan nasi herba, jagung manis dan ayam panggang dengan sos cendawan istimewa.

Macam jugak hidangan dekat atas, nasi herba yang dihidangkan dalam hidangan Grilled Mushroom Chicken ni rasa sangat black pepper nya. Tapi, sebab kuah hidangan ni adalah kuah cendawan, kena lah jugak rasa dia.  Tapi, kalau makan nasi herba tu semata-mata tanpa kuah, mungkin tak boleh nak habiskan.

Iced Lemon Tea
 
Iced Lemon Tea (RM6.80)
Gulp! Telan air liur. Air teh limau ais berharga RM6.80. Wow sangat wow. Rasanya macam teh limau ais biasa cuma harga saja yang bikin hati gundah gulana. Hahahaha. 

Ice Blended Caramel Coffee
 
Ice Blended Caramel Coffee (RM9.80)    
Ice Blended Caramel Coffee. Minuman ni bagi aku okay lah. Sedap. Rasa kopi susu yang di'blended' dan ditambah dengan krim putar dan sos karamel dekat atas. Sedap memang sedap. Aku cadangkan kalau korang datang nak makan kek dekat Secret Recipe ni, boleh lah order Iced Blended Caramel Coffee ni.

Secret Recipe adalah antara restoran terbaik untuk makan KEK dan BROWNIES semata-mata. Memang aku rekemen. Tapi kalau nak makan makanan yang berat tu, aku cadangkan pergi lah makan dekat tempat lain. Dengan harga yang a bit overpriced dan rasa yang agak kurang sedap, mungkin korang boleh pilih restoran lain yang lebih berbaloi.

Tapi, kalau korang nak cuba makanan-makanan dan minuman-minuman Secret Recipe yang aku dah review kat atas, why not. Cuba saja lah. Orang kata, jangan percaya selagi korang tak cuba sendiri. Kan? :)

 

Post a Comment

0 Comments