Lirik Lagu Apa Khabar - Joe Flizzow feat Sonaone

Semua sedia maklum siapa yang menjadi juara untuk Anugerah Juara Lagu ke 29 yang baru saja berlangsung pada 18 Januari 2015 yang lepas kan? Lagu Apa Khabar yang dinyanyikan oleh Joe Flizzow dan Sonaone telah menggondol tempat pertama serta membawa pulang RM35 000 beserta trofi.



Lirik Lagu Apa Khabar - Joe Flizzow dan Sonaone

Merenung ke luar jendela
Bayu pagi meniup lembut
Lihat bintang di angkasa
Purnama menerangi gelapku

Dan bila fajar menjelma
Itu permulaan hari baru
Dunia gamat bunyinya
Sunyiku hanya Tuhan tahu

Dalam perjalanan banyak persimpangan
Di mana kita bertukar arah
Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan
Di mana kita tersilap langkah

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku

Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Mereka kata masa depan kami sungguh cerah
Lirik dan rap kami bak anugerah
Ini semua sebelum semua anugerah
Masa bila lapar semua makan mee segera
Show pertama luar KL di Pulau Pinang
Lapan orang naik dua Kancil tapi semua senang
Dua bilik empat katil jadi empat di lantai
Kalau tidak silap ada yang sampai di tepi pantai
Dan kali pertama kita diserbu peminat
Di Kuching, Sarawak seperti semalam aku ingat
Setiap langkah bersama seakan tidak percaya
Kita berjaya jadikan rap sebagai kerjaya
Permulaan pengembaraan yang berliku
Dan ini mungkin sinopsis hidupku dalam lagu
Kau kembarku hari ini dan semalam
Jadi hari esok itu sendiri boleh faham

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku

Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Pada mulanya kita menjajah
Lagu-lagu bahasa penjajah
Dan kita berdua budak belasan
Kau pandai buat percaturan
Industri penuh dengan peraturan
Semua kita bahas dan pidatokan
Sebab ini dua budak bijak
Kita kata ya mereka tidak
Kalau gagal merancang itu merancang untuk gagal
Ku masih ingat pesanmu
Ingat Zal kita Z paling handal Zal
Suntikan semangat untukku
Setiap persembahan phenomenal
Beribu lagi fans luar stadium
Lepas pusing satu Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia
Angan-angan jadi impian impian jadi cita-cita
Kata-kata jadi lagu puisi jalanan tercipta
Siapa kata jangan bermimpi doaku pada Yang Esa
Mungkin permulaan baru di ketika berbeza


Apa Khabar Joe Flizzoe Sonaone

Kalau sesiapa yang mengikuti perkembangan seni kumpulan Too Phat, korang cuba dengar lagu ni dan hayati lirik dia. Macam sedih jugak sebab ini luahan isi hati Joe Flizzow pada Malique. 

Aku harap satu hari nanti, Malique dengan Joe Flizzow boleh kembali berkolaborasi sebab hasil kerja dan nyanyian diaorang memang ada umphh. Tak percaya? Pergi Youtube cari lagu-lagu lama Too Phat. Dari mula diaorang remaja lagu English macam bengong-bengong sampailah diaorang suntikkan elemen lagu-lagu tradisional Melayu dalam lagu diaorang. 

Hmmm, nampak sangat aku ni dah berumur sangat kan ambil kisah pasal lagu-lagu Too Phat yang lama-lama dulu. Hukhukhuk. 

0 comment... add one now