Menang Hadiah Saguhati Kontest Blogpost Maison Dlights

Tahun lepas aku ada sertai satu event iaitu AK Food Adventure. Dalam event tu, salah satu food vendor yang terlibat ada buat satu kontest blogpost. Aku pun kontest-kontest ni memang lah suka aku nak join. Dannn, Alhamdullilah aku menang hadiah saguhati daripada Maison Dlights. :) 

Maison Dlights

Sebenarnya entri aku buat tu, ringkas saja. Tak ada lah buat beria pun. Sebab tu tak menang hadiah utama kot. Hahaha. Pemenang utama kontest tu adalah food blogger - Wah Bo Lui. Entri yang aku buat pulak yang ni -- Keenakan Coklat Homemade Belgium Dari Maison Dlights Yang Perlu Anda Cuba.    

Jadi semalam aku pergi lah ke Avenue K untuk ambil hadiah tu. Nak tau apa yang aku dapat? Nah, gambar hadiah aku. 5 keping coklat bar dari Maison Dlights. Hew hew hew. 5 bar coklat untuk 5 hari. :D Sayang sungguh Milk Chocolate dah habis waktu tu.

Mini Chocolate Bar Maison Dlights
   
Lepas saja ambil hadiah yang aku menang tu, tiba-tiba mata aku terpandang satu part dekat booth Maison Dlights ni yang menggamit pemandangan aku. Apa tu?

Belgian Style Waffle with Belgium Chocolate
Maison Dlights ada produk baruuuu! Belgium Style Waffle With Belgian Chocolate. Waffle ni korang boleh pilih nak topping coklat apa. Ada 3 pilihan -- coklat hitam, coklat putih dan susu. Dan korang boleh pilih nak sprinkle apa atas coklat tu. Ada 3 pilihan jugak -- Almond Nibs, colour sprinkle dan Crushed Oreo. Dan ada lagi tambahan topping -- Pistachio atau walnut.

Aku pilih Milk Chocolate + Crushed Oreo Sprinkle yang berharga RM7.90. Sebab ada promosi. Kalau korang nak cuba, boleh lah pergi ke Maison Dlights ni. Nah, belanja korang gambar waffle sedap ni. Hehehe.

Waffle

Terima kasih Maison Dlights untuk hadiah ni. Sebenarnya dulu aku nak beli dan pos kan coklat bar Maison Dlights ni untuk Tun Sha melalui online. Tapi, sekarang dieorang tengah busy dan tak boleh nak buat postage. Jadi, sorry hokay Tun Cha Cha Cha. :(

0 comment... add one now