Peluang Bercuti Dengan Pelayaran Islamik Pertama di Dunia

January 01, 2015

Ingat lagi tak dalam entri Tarikh Cuti Umum dan Cuti Sekolah Tahun 2015 aku ada kongsikan dengan korang cuti untuk bulan depan -- bulan Februari ada 3 cuti iaitu Hari Wilayah, Thaipusam dan Hari Tahun Baru Cina? Dan dekat entri 11 Hujung Minggu Yang Panjang Menanti Anda Tahun 2015, aku ada tunjukkan cara untuk dapatkan cuti hujung minggu yang panjang kan? Nah, hari ni aku nak kongsi kan pada korang tentang satu percutian yang korang boleh pergi waktu cuti hujung minggu yang panjang tu. Percutian kali ni unik sebab ini adalah percutian pelayaran Islamik pertama di dunia.

Pelayaran Islamik Pertama di Dunia
Woah, pelayaran Islamik pertama di duniaaa. Errr, apa tu kan? Hehehehe. Ok meh aku cerita sikit apa itu Pelayaran Islamik Pertama Di Dunia.

Apa Itu Pelayaran Islamik Pertama Di Dunia?

Ini adalah satu percutian pelayaran yang akan berlangsung selama 4 hari dengan menaiki Kapal Star Cruise Libra dari Penang - Phuket - Krabi. Sepanjang pelayaran ini akan dipenuhi dengan ilmu agama dan program kemasyarakatan. Pelayaran ini akan mendekatkan diri korang dengan keindahan Islam di samping menikmati gaya hidup di atas kapal persiaran yang mewah yang lengkap dengan fasiliti dan perkhidmatan yang mengkagumkan.    

Pelayaran Islamik Pertama di Dunia

Pelayaran Islamik 3.o

Pelayaran Islamik 1.0 dan Pelayaran Islamik 2.0 dah pun lepas. Dan untuk bulan depan, Pelayaran Islamik 3.0 yang pertama di dunia akan diadakan pada:

1 Februari 2015 hingga 4 Februari 2015

Friendly Reminder: Cuti Hari Wilayah -- 1 Februari | Cuti Thaipusam -- 3 Februari 

Lokasi yang akan disinggah semasa pelayaran:

Penang - Phuket - Krabi



Apa Yang Menarik Tentang Pelayaran Islamik 3.0

Apa yang aku suka tentang pelayaran Islamik pertama di dunia ni adalah:

Kita berpeluang untuk menaiki kapal pelayaran yang mewah dan bertaraf antarabangsa

Dalam pelayaran Islamik 3.0 ni, kita berpeluang untuk menaiki kapal layar SuperStar Libra yang direka khas untuk menyediakan pelayaran gaya resort yang lebih santai.

Pelayaran Islamik Pertama di Dunia

Dapat singgah di lokasi-lokasi yang cantik dan popular 

Dalam pelayaran Islamik 3.0 ni, kita akan memulakan percutian dari Penang dan kemudian akan singgah dan menziarah dua lagi lokasi yang cantik dan popular iaitu Phuket dan Krabi.


Fasiliti dan perkhidmatan di atas kapal pelayaran yang berkualiti tinggi

Kapal pelayaran Islamik 3.0 ni lengkap dengan fleksibiliti dan perkhidmatan yang pasti akan memuaskan hati setiap pengunjung serta berkuali tinggi.

Mencuba percutian yang berlainan daripada biasa

Biasanya kalau pergi bercuti, tempat-tempat yang biasa kita pergi macam tepi pantai, pulau, gunung dan bukit. Tapi kali ni, kita berpeluang untuk terapung di laut lepas. Aku tak pernah lagi. Kalau korang nak tahu, program di Langkawi & Phuket bukan sekadar shopping semata-mata, malah akan ada program dakwah dan kemasyarakatan lagi. Tambahan lagi, sebahagian dari harga pakej akan disalurkan kepada anak2 yatim, Tahfiz & Fakir Miskin.

Mendekatkan diri dengan Islam 

Dalam perlayaran ini, kita bukan saja-saja naik atas kapal dan menikmati pemandangan indah. Setiap hari akan ada pengisian agama contohnya - ceramah, kuliah, qiamulail, soal jawab bersama ustaz dan belajar cara betul solat jama' dan qasar.
Antara penceramah dan uztaz yang akan terlibat dalam pelayaran ini adalah:

Panel Pelayaran Islamik Pertama di Dunia

  • Ustaz Badlishah (penceramah bebas)
  • Sheikh Abdelaziz Ghonim (Ahli Majlis Fatwa Al-Azhar)
  • Dato Hassan Mahmod (Penceramah bebas)
  • Dato. Dr Hj Fadzilah Kamsah (Pakar motivasi)
  • Imam Muda Miril

 

Ada hiburan dan aktiviti rekreasi

Selain daripada pengisian agama, ada juga program ziarah ke tempat-tempat yang menarik (Phuket dan Krabi)  serta majlis makan malam kesyukuran.

Pelayaran Islamik Pertama di Dunia

Add On Deals - Pakej Damai

Aku tengok ramai yg tak faham pasal bayaran Add On untuk Pakej Damai ni. Ada yg kata kalau nak solat belakang Ustaz kena bayar extra. Amboih, jangan lah cakap macam tu. Add on ni tak wajib pun ambil. Tapi kalau korang berminat untuk sarapan pagi + makan tengah hari setiap hari di Lounge Eksekutif yang mana korang berpeluang untuk berjumpa dengan panel penceramah, nak free flow minumam halal sepanjang pelayaran, nak reserve tempat duduk hadapan masa kuliah Dhuha dan menaiki bas yang paling awal sepanjang 2 kali lawatan luar, boleh lah korang ambil pakej ni. Kalau tak nak pun tak apa.


Add On Deals - Pakej Damai

Berminat Untuk Menyertai Pelayaran Islamik Pertama di Dunia?

Mungkin korang teruja nak sertai pelayaran ini. Ataupun korang nak bagi hadiah pelayaran ni pada mak bapak korang. Atau sebagai kawan Muslim yang sejati dan nak bantu kawan mualaf mendalami lebih pasal Islam, korang boleh jugak menghadiahkan mereka Pelayaran Islamik 3.0 ni. Tapi macam mana? Mudah saja.

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat pasal Pelayaran Islamik 3.0 ni --> Info Pelayaran Islamik 3.0

Untuk dapatkan tentatif Pelayaran Islamik 3.0 --> Tentatif Pelayaran Islamik 3.0

Untuk mendaftar, korang boleh klik dekat link ni --> Pendaftaran Pelayaran Islamik 3.0

Pelayaran Islamik Pertama di Dunia

Pastikan korang daftar ikut link yang aku dah bagi dekat atas ni dan secara ONLINE sahaja. Pihak penganjur tak pernah melantik mana-mana individu, agen, syarikat pelancongan, dealer ataupun pemborong mewakili IntraTama dalam sebarang transaksi berkaitan Pelayaran Islamik ini. IntraTama tidak bertanggungjawab dengan sebarang transaksi dan tuntutan yang dibuat selain dari sesawang rasmi ini.

Kalau korang masih rasa ragu-ragu atau ada sebarang kemusykilan, korang boleh terus hubungi penganjur dengan ikut maklumat di bawah:


Alamat :

No 2.08, Jalan Prima SG 1, Prima Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan

Email : info@pelayaranislamik.com
Tel : +603-6185 0010
Fax : +603-61899010



You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter