Peluang Tengok Wayang Secara Percuma Di Golden Screen Cinema Nu Sentral

Apa? Percuma? Tengok wayang percuma? Heheheh, seronok nya korang baca pasal benda percuma ya? Tak apa. Aku pun sama. Suka barang-barang percuma. :p Hehehe. Okay okay. Sebenarnya good news ni aku dapat tau daripada blogger Wah Bo Lui iaitu owner blog ReloadFood. Aku berkenal-kenalan dengan dia lepas kiteorang sama-sama menang kontest yang dianjurkan oleh Maison Dlights hari tu. 

Golden Screen Cinema

Okay, berbalik pada cerita tengok wayang percuma di Golden Screen Cinema Nu Sentral ni. Sebenarnya, Golden Screen Cinema (GCS) akan buka cawangan baru dekat Nu Sentral. Nu Sentral ni bagi yang tak tau lagi adalah sebuah mall baru yang lokasinya terletak bersebelahan dengan KL Sentral. 

Jadi, bersempena dengan pembukaan cawangan GSC terbaru di Nu Sentral  pada 29 Januari 2015 ni, GSC ada buat Free Screening bermula pada 24 Januari 2015 sampai 28 Januari 2015. Dari hari Sabtu sampai hari Rabu. 

Golden Screen Cinema Nu Sentral

Tapi, korang jangan lah mengharapkan movie yang baru-baru keluar sangat yang akan ditayangkan masa Free Screening GSC Nu Sentral ni nanti. Dekat bawah ni adalah senarai filem yang akan ditayangkan semasa Free Screening GSC Nu Sentral nanti.

  • The Maze Runner
  • The Book Of Life (3D)
  • Maleficent
  • Guardian of The Galaxy
  • Big Hero 6 (3D)
  • Left Behind
  • Interstellar
  • Mana Mau Lari
  • Don't Go Breaking My Heart 
  • Kaththi 
  • Aaranmanai

Dekat bawah ni pulak jadual untuk tayangan setiap filem yang dah aku senaraikan dekat atas tadi.
 
Golden Screen Cinema Nu Sentral
Macam mana nak dapatkan tiket wayang Free Screening GSC Nu Sentral ni? Senang saja. Korang pergi ke laman web Golden Screen Cinema dan print kupon GSC Nu Sentral yang macam gambar nombor 2 dekat atas ni. Oh oh, pastikan korang baca segala Terms and Condition dia okay?

Terms & Conditions:
  • Tunjukkan kupon yang telah diprint di GSC Nu Sentral pada 24 - 28 Januari 2015 untuk ditukarkan kepada 2 tiket. (Kaunter Cinema Box Office dibuka pada pukul 10 pagi) 
  • Setiap individu hanya boleh menebus 2 kupon saja (maximum 4 tiket)
  • Tiket filem boleh ditebus berdasarkan konsep SIAPA CEPAT DIA DAPAT
  • Tiket filem hanya boleh ditebus pada hari yang sama dengan hari tayangan saja
  • Pihak pengurusan berhak untuk menukar filem pada hari tayangan tanpa notis
  • Penebusan sah sementara stok masih ada

Siapa-siapa yang tak ada kerja atau lepas habis kerja nak pergi tengok wayang secara percuma, inilah peluang korang. Tempat baru, kerusi baru, semua baru kot. Korang tak nak rasmi dulu ke? :D


0 comment... add one now