Peppermint Ginger Plus Shaklee Bantu Buang Angin Dalam Badan

Dari tahun lepas lagi aku asyik rasa angin dalam badan aku. Kadang-kadang aku muntah angin. Tau apa itu muntah angin? Aku tak lalu nak makan tapi asyik rasa nak muntah. Bila muntah dengan perut yang kosong, aku cuma mampu keluarkan angin melalui muntah tu. Sakit gila kot muntah angin ni.

Shaklee

Jadi, mak aku pun cuba cari kan jalan penyelesaian kepada masalah muntah dan angin dalam badan aku ni. Mak aku beli kan aku Peppermint Ginger Plus Shaklee dari anak murid dia. Mula-mula aku makan, macam tak ada kesan. Mungkin sebab hormon kot. Makan tak jadi apa. Tapi, aku makan saja lah sebab mak aku paksa. Hehehe.

Sekarang ni, bila aku makan Peppermint Ginger Plus Shaklee ni rasa macam ada kesan lah jugak. Kalau aku rasa macam perut ni tak selesa, berangin saja, aku ambil sebiji dan telan. Besar ubatnya. Kadang-kadang rasa macam terlekat dekat anak tekak. Heheh sebenarnya aku tak suka makan ubat.

Peppermint Ginger Plus Shaklee
 
Apa bahan yang ada dalam Peppermint Ginger Plus Shaklee ni?
  • Pudina
  • Halia
  • Pokok adas (fennal)
  • Cekur manis (anise)

Apa pulak kebaikan Peppermint Ginger Plus Shaklee ni?
Kebaikan yang aku sendiri rasa waktu ni adalah untuk mengurangkan angin dalam badan dan memberi keselesaan dalam perut. Yang lain-lain aku rasa, korang boleh baca dalam blog-blog yang jual produk Shaklee atau dekat laman web Shaklee sendiri.

Jadi kalau korang ada yang rasa dalam badan asyik berangin saja, boleh cuba Peppermint Ginger Plus Shaklee ni. InsyaAllah akan membantu korang sedikit sebanyak. Kalau korang tercari-cari mana nak dapatkan Peppermint Ginger Plus Shaklee ni, korang boleh cuba hubungi kawan-kawan blogger aku yang aku kenal jual produk Shaklee ni.

Peppermint Ginger Plus Shaklee

Senarai kawan-kawan blogger aku yang jual produk Shaklee:

Ada lagi tak follower-follower blog aku yang jual produk Shaklee ni. Boleh komen dekat bawah. Nanti boleh aku masukkan dalam senarai pengedar Shaklee ni jugak. Aku harap entri ni sedikit sebanyak membantu korang-korang yang tercari-cari penyelesaian kepada masalah angin dalam badan tu. 

2 comments.. read them below or add one

Niza Health & Beauty Niza Health & Beauty 13 September, 2015
memang best peppermint ni.. rasa nak sendawa aje
Fadzi Razak Fadzi Razak 14 September, 2015
Ada masa berkesan untuk saya ada masa tak jugak Heee