Permohonan Kemasukan Sesi Akademik 1 2015/2016 (UiTM)

January 09, 2015

Bermula pada tarikh 12 Januari 2015 nanti, UiTM akan bukak permohonan untuk kemasukan sesi akademik 1 2015/2016. Jadi, pada sesiapa yang berminat untuk menyambung pengajian di peringkat Diploma, Degree, Master atau PhD di UiTM boleh lah mula membeli nombor pin dan mohon pada 12 Januari 2015.

UiTM
Nampak sangat aku ni sayang sangat dekat UiTM kan. Hahahhaa. Kata UiTM Sentiasa Di Hatiku. 
Okay okay. Untuk pengetahuan korang, permohonan adalah dibuka kepada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
  1. Pemohon dikehendaki membuat permohonan melalui Portal Kemasukan Pelajar UiTM bermula 12 Januari 2015 (Isnin).
  2. Pemohon dinasihat menyemak syarat kelayakan program yang ingin dimohon di e-Syarat Pengambilan Pelajar UiTM
  3. Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 12 Januari 2015 (Isnin) hingga 31 Mac 2015 (Selasa) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking. (no. Slip yang dibeli sebelum 12 Januari 2015 (Isnin) adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini). 
  4. Sila nyatakan Peringkat Program (PENERAPAN/ PROFESIONAL/ PLK) seperti jadual di bawah semasa pembelian no. Slip di BSN.  
  5. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. slip, TIADA pemulangan bayaran

Permohonan untuk kemasukan UiTM sesi akademik 1 2015/2016

SYARAT PERMOHONAN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
  2. Bumiputera Warganegara Malaysia
  3. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon
  4. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
  5. Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM.
  6. Calon yang pernah belajar di UiTM dan TELAH DIBERHENTIKAN ATAU GUGUR TARAF TIDAK DIBENARKAN MEMOHON keperingkat pengajian yang sama kecuali pada peringkat yang lebih tinggi. 

Ada yang berminat untuk sambung belajar dekat UiTM? Kalau ada, jangan lepaskan peluang ini. Get ready Isnin nanti untuk beli no pin dan buat permohonan. Selamat berjaya! 



You Might Also Like

2 comments

  1. Ayat sembang ' be afraid'.....hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya kau lagi kuat sembang kot. Pakai anon bahahahhaha

      Delete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter