Populariti Caliph Buskers Melonjak Kerana Anugerah Juara Lagu 29

Dalam kontroversi Kumpulan Mojo sewaktu Anugerah Juara Lagu ke 29 ni membuka pintu rezeki kepada salah satu kumpulan buskers Malaysia iaitu Caliph Buskers. Hanya dengan satu malam yang dikatakan berprestige, populariti Caliph Buskers telah melonjak dengan begitu drastik dan menjadi trending di Tweeter. 
Caliph Buskers

Siapa yang tak tengok Anugerah Juara Lagu 29 semalam mungkin masih lagi tak faham kenapa trending sangat Caliph Buskers ni. Sebenarnya Edry bawak satu kejutan yang amat sangat malam tadi. Kan sebelum ni Edry kata Ryan Brakhma akan menjadi vokalis baru kumpulan Mojo. Tengok-tengok malam tadi, Edry bawak satu kumpulan buskers Malaysia iaitu Caliph Buskers untuk mempersembahkan lagu Romantika yang sebelum ni dinyanyikan oleh Aweera.

Caliph Buskers

Biodata Caliph Buskers Vokalis Lagu Romantika Cinta Kumpulan Mojo AJL29

Nama Ketua Vokalis: Azmi Saat
Asal: Johor Baharu
Umur: 28 Tahun
Pekerjaan: Vokalis Caliph Buskers dan penyanyi jalanan
Status: OKU (Kurang Penglihatan)
Lokasi: Bukit Bintang Kuala Lumpur
Kumpulan: Caliph Buskers
Sumber: Melvister

Maaf kalau ada yang tak setuju tapi lagu Romantika ni dah sebati dengan suara dan lenggok gaya Aweera. Bagi aku, Aweera nyanyi lagu Romantika ni memang lagi sedap berbanding Azmi Saat. Tapi betul, suara dan bakat Azmi ni kalau lagi digilap, insyaAllah Caliph Buskers mampu pergi jauh lagi dalam bidang seni mainstream ni. Mana taknya, baru pertama kali berentap di pentas mainstream, dah dapat STANDING OVATION daripada hampir satu dewan dan jugak menang Persembahan Terbaik. This is crazy!!

Kalau korang nak tau, Caliph Buskers ni bukan lah really from ZERO TO HERO. Sebenarnya Caliph Buskers dah glamer dalam dunia buskers Malaysia. Biasalah kan underground, jauh beza dengan mainstream. Memang susah orang nak kenal tapi cuba tanya budak-budak underground. Memang diaorang ni agak glamer. Bukan setakat ada Facebook dan Youtube, malah pernah dijemput untuk membuat persembahan dekat majlis-majlis tertentu.

Facebook: Caliph Buskers
Youtube: Caliph Buskers


Caliph Buskers

Kumpulan Caliph Buskers ni terdiri daripada:

Nirwan sebagai Guitaris
Zaki sebagai Guitaris/Vokalis
Azmi sebagai Bassis/Vokalis
Fendi sebagai Cajon/Vokalis
Rubiana sebagai Shaker/Vokalis

Ini permulaan yang sangat baik untuk Caliph Buskers. Walaupun mereka ni OKU pengelihatan, diaorang tak ambil cara mudah untuk menyara diri sendiri. Dengan menggunakan bakat yang diaorang ada, diaorang cuba memajukan diri diaorang sendiri melalui seni suara.

Caliph Buskers

Selamat maju jaya Caliph Buskers! Aku harap lepas ni, aku akan dengar banyak lagi kejayaan daripada korang dan jugak pada buskers Malaysia yang masih underground tu. Dulu lagu-lagu Indie underground dan lepas masuk mainstream, semua boleh terima. Aku harap buskers Malaysia pun akan diterima ramai nanti.

Dan kepada Edry, aku harap dia boleh berikan yang terbaik untuk Caliph Buskers. Jangan tinggalkan diaorang macam tu je lepas ni. Gilap lagi bakat dan suara yang diaorang ada. InsyaAllah, Caliph Buskers akan terus bersinar. Eceyh ayat. Hiks.

0 comment... add one now