Sambung Belajar Sambil Bekerja Di OUM

Tadi aku bukak laman web surat khabar online ape entah aku dah tak ingat. Tapi yang aku ingat, aku nampak ada iklan untuk Hari Terbuka Open Universiti Malaysia (OUM). Jadi, aku rasa, benda baik macam ni, apa salahnya kalau aku kongsi-kongsikan kot-kot ada orang yang mencari pasal ni kan? 

Open Universiti Malaysia

Kalau ikutkan pada iklan tu, Open Universiti Malaysia (OUM) akan buat Hari Terbuka & Pendaftaran OUM pada 9, 10 dan 11 Januari 2015 ni. Jadi, kepada korang-korang yang berminat untuk menyambung pelajaran, tak kisahlah peringkat apa -- Undegraduate ke Postgraduate ke, korang bolehlah datang ke Hari Terbuka & Pendaftaran OUM pada 9, 10 dan 11 Januari 2015 ni. 

Hari Terbuka & Pendaftaran OUM 2015

Mesti korang tertanya-tanya dekat mana dieorang buat Hari Terbuka & Pendaftaran OUM ni kan. Jangan risau nak pergi jauh-jauh. Korang pergi je dekat cawangan pusat pembelajaran OUM yang terdekat dengan korang. Dekat mana? Ni dekat bawah ni senarai Pusat Pembelajaran OUM.

Pusat Pembelajaran OUM

Bagi aku, OUM ni adalah salah satu pusat pembelajaran atau universiti yang mesra pekerja. Maksudnya, korang boleh belajar sambil bekerja. Macam mana fleksibiliti dia aku tak pasti tapi aku tau OUM memang menawarkan sesi pembelajaran yang memudahkan korang membahagikan masa antara kerja dengan belajar. 

Kalau korang terfikir-fikir nak sambung belajar tapi dalam masa yang sama tak nak tinggalkan kerja hakiki korang sekarang, apa kata korang pergi dulu Hari Terbuka & Pendaftaran OUM ni. Dapatkan maklumat lanjut daripada dieorang dan kalau korang dah yakin, go ahead pergi sambung belajar.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh masuk ke laman web OUM 

Good luck! 

 

0 comment... add one now