Selamat Kembali Ke Sekolah!

Aku rasa waktu-waktu sekarang ni, mesti korang-korang tengah dalam kereta hantar anak pergi sekolah. Atau korang yang pelajar ni pun ada dalam kereta, mak ayah tengah hantar pergi sekolah. Tak pun ada dalam bas, atau tengah jalan kaki atau tengah naik basikal atau naik motor dalam perjalanan ke sekolah.

Back to school

Jadi, balik sekolah nanti, korang cerita lah sikit apa perasaan korang hantar anak-anak pergi ke sekolah. Atau korang sendiri yang pergi sekolah ni, ada cerita best tak hari pertama ke sekolah?

Bagi negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan, Johor (rasanya) dan Terengganu, semalam lagi diaorang dah mulakan persekolahan. Apa macam? Seronok? Aku dah berpuluh-puluh tahun tinggal sekolah ni. Kalau nak diulang masa, aku nak balik pergi sekolah sebab dunia dewasa ni menyesakkan jiwa. Huhuhuhuh.

Bagi sekolah yang masih tak dibuka disebabkan masih menjadi pusat pemindahan mangsa banjir, jangan risau. InsyaAllah korang tak kan ketinggalan. Doa kan semoga semua cepat settle dan korang boleh mula kembali ke sekolah secepat mungkin. 

Sekolah

Nasihat aku sebagai seorang senior (hakhakhak):
  • Belajar jangan stress, buat rilek saja
  • Jaga diri dekat sekolah, jangan buat macam-macam perkara mengarut
  • Pilih kawan yang elok-elok, kawan yang tak elok tak yah lah rapat sangat
  • Hormat pada cikgu-cikgu, kalau diaorang tak halalkan ilmu susah korang
  • Enjoy life dekat sekolah selagi masa masih ada, dekat luar nanti dah tak best macam dekat sekolah
  • Jangan hisap rokok, siapa hisap rokok dia bodoh (hahaha boleh?)

Okay, tu je mak cik nak memberbel dekat korang-korang semua pagi ni. Nanti update lah apa anak-anak korang atau korang buat pada hari pertama persekolahan ni. Kalau ada peristiwa best ke tak best ke, update jugak. Boleh kongsi sama-sama kan. :)


0 comment... add one now