Semak Alexa Ranking Anda Untuk Permulaan Tahun 2015

Tahun 2015 ni merupakan tahun aku semangat nak berblogging. Kenapa? Sebab aku dapat banyak peluang pada tahun pertama aku berblogging tahun lepas. Dan tahun ni, aku nak mantapkan lagi blog aku ni. Jadi, perkara pertama yang aku buat untuk mantapkan blog ini adalah semak Ranking Alexa aku.
Alexa
Pasal Alexa Ranking ni pun aku dapat tahu dari blogger Mialiana, Bro HH dan Cik Akak Nao Mei. Apa kegunaan Alexa ni? Hah, melaui Alexa ni lah kita boleh tahu kedudukan ranking blog kita ni pada tahap mana di dalam dunia ataupun dalam Malaysia. Nak tengok ranking Alexa aku? Hahaha. Agak memalukan tapi tak pe lah. Perlahan-lahan nak rendahkan ranking dia nanti.

Ranking Alexa Fadzi Razak Januari 2015

Sebelum aku tunjuk, mohon jangan gelak. Aku malu. Tapi aku nak tunjuk jugak sebagai motivasi aku untuk kurangkan ranking aku ke tahap yang membanggakan.

Ranking Alexa Januari 2015 Fadzi Razak
Hahahah, bapak lah teruk gila ranking Alexa aku. *sedih*

Kalau ikut kan Kak Mia cakap, Global Ranking Alexa ni kena bawah 100 000 dan untuk Ranking Alexa Malaysia kena bawah 500. Mak aih, jauh lagi aku rupanya. Ada siapa-siapa boleh ajar sikit macam mana nak naik kan ranking Alexa tak?

Kalau korang nak semak Ranking Alexa untuk blog atau laman web korang, korang boleh pergi ke laman web Alexa ni. Lepas tu akan keluar macam dekat gambar di bawah ni.

Alexa.com

Korang cuma perlu letak link blog korang dekat bahagian "Enter a site" dan klik butang "Go". Nanti akan keluar segala analisis pasal blog korang termasuklah Ranking Alexa untuk Global dan dalam Malaysia. Dekat situ korang akan dapat tahu blog korang ada di ranking yang ke berapa di dunia dan di Malaysia.

Ok lah, aku nak pergi menangis tepi bucu katil kejap mengenangkan nasib Ranking Alexa blog aku ni. Nangis dulu, usaha kemudian. Wahahahha. :p





0 comment... add one now