Senarai Harga Terkini Sistem Pengangkutan Komuter 2015

Hari semalam seharian aku berjalan ke Kuala Lumpur sebab nak selesaikan beberapa kerja. Aku nak selesaikan cepat-cepat jadi banyak tempat yang aku pergi semalam. Dan untuk menyelesaikan kerja tu, aku telah menaiki pengangkutan awam Komuter dari Mid Valley ke KL Sentral.

KTM Komuter
Sejujurnya, ni kali kedua aku naik Komuter selama seumur hidup aku. Kali terakhir aku naik Komuter sebelum ni 6 tahun lepas. Heheheh. Lama gila kan. Jadi, aku pun macam blur gila bila naik Komuter. Nak-nak lagi, bila mesin tiket (bukan mesin beli tiket) di Mid Valley tu rosak. Awalnya aku tak tahu mesin tu rosak. Tak ada langsung papan tanda atau notis cakap rosak. Dan tak ada langsung pegawai yang jaga dekat mesin tu. 

Bersungguh aku cuba masukkan tiket tu dalam mesin. Still aku tak faham macam mana nak masuk kan. Lepas tu, ada seorang amoi ni baru lepas beli tiket. Aku pun tanya, "How to use this ticket?". Hahaha cis betul. Rupanya mesin tu rosak. Nak masuk stesen, masuk saja ikut line tepi. Cis sungguh.


Bila dah masuk, ada pulak 4 tangga. >.< Lagi lah haru aku rasa. Aku kena baca satu-satu papan tanda sebab waktu tu tak ada orang yang aku nak tanya. Bila dah tau, mana tangga nak turun ke arah KL Sentral, baru aku turun. Tunggu KTM punya lah lama. Haih.

Okay lah, sebenarnya aku nak kongsikan dengan korang harga terkini sistem pengangkutan Komuter pada tahun 2015 ni. Mana tau korang ada yang mencari harga tiket untuk Komuter kan. 



Semoga entri ni bermanfaat untuk korang. Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal Komuter ni contohnya jenis-jenis tiket Komuter, jadual perjalanan KTM, laluan KTM dan sebagainya, korang boleh pergi ke laman web KTM Komuter

 

0 comment... add one now