Set Menu Uncle Jack Dah Naik Harga!

Tahun lepas aku ada buat satu entri -- Berbuka Puasa Dengan uncle Jack. Waktu tu aku excited sangat sebab dengan harga Rm5.00 saja aku boleh dapat 2 ketul ayam, sebungkus nasi dan segelas air. Tak ke murah tu? Rasa pun sedap lebih kurang macam KFC.

Uncle Jack Fied Chicken

Tapi, baru-baru ni aku ada pergi beli Uncle Jack tu lagi. Tengah-tengah beratur aku tengok harga dia dah naikkkkk. Err, ni harga naik sebab 3 bulan lagi nak buat GST ke? Tiba-tiba je naik harga. Kalau korang nak tau, harga tahun lepas sebelum naik ni macam gambar dekat bawah.

Harga lama Uncle Jack Fried Chicken

Harga untuk Set Menu A (Ayam seketul + sebungkus nasi + segelas air) RM 3.50.

Harga untuk Set Menu B (Ayam 2 ketul + sebungkus nasi + segelas air) RM 5.00.
Harga untuk Signature Dish (Chicken chop + sebungkus nasi + segelas air + sos black pepper) RM 5.00.
Harga untuk Family Feast (Ayam 8 ketul + 8 bungkus nasi + 8 gelas air) RM 28.00.  
Harga untuk Kiddies Choice (5 nugget + sebungkus nasi + segelas air + percuma ais krim ATAU seketul ayam + sebungkus nasi + segelas air + percuma ais krim) RM 3.00. 
Harga untuk Shell Curry Chicken Puffs (Seketul) RM 1.00 (6 ketul) RM4.00.

Harga Terbaru Set Menu Uncle Jack 2015 

Set Menu Uncle Jack Fried Chicken
Harga untuk Set Menu A (Ayam seketul + sebungkus nasi + segelas air) RM 4.29.
Harga untuk Set Menu B (Ayam 2 ketul + sebungkus nasi + segelas air) RM 6.29.

Set Menu Uncle Jack Fried Chicken
Harga untuk Signature Dish (Chicken chop + sebungkus nasi + segelas air + sos black pepper) RM 6.29.
Harga untuk Family Feast (Ayam 8 ketul + 8 bungkus nasi + 8 gelas air) RM 31.99.  

Set Menu Uncle Jack Fried Chicken
Harga untuk Kiddies Choice (5 nugget + sebungkus nasi + segelas air + percuma ais krim ATAU seketul ayam + sebungkus nasi + segelas air + percuma ais krim) RM 4.29.

Set Menu Uncle Jack Fried Chicken
 Harga untuk Shell Curry Chicken Puffs (Seketul) RM 0.99

ALa Carte Uncle Jack Fried Chicken
Ini pula untuk pembelian ala carte. Dah naik harga betul Uncle Jack ni. Huaaa. Sedih pulak tetiba. Hahaha. Walaupun harga dia masih lagi murah tapi bila dia naik harga waktu-waktu macam ni, aku pun tak berkenan jugak. :(

 
 

{ 7 comments.. read them below or add one }

Andreas Widodo Andreas Widodo 02 July, 2015
Good Article. I am interested with your article. I also have similar articles about Indonesia you can visit Information Regarding Indonesia for more info
AnonymousAnonymous 26 November, 2015
Hi awak. Saya baru beli karipap Uncle Jack semalam. Saya pasti memang tak salah dengar pekerja tu beritahu harga 6 karipap RM4.50. Saya tak periksa kotak tu dan hanya makan pagi ni di pejabat. Bila buka kotak, ada 4 ketul je karipap, awak. Saya sedih dan rasa tertipu :(

Z
Fadzi Razak Fadzi Razak 27 November, 2015
Ala kesiannye. Tak pe tak pe. Redha je. Lepas ni cuba tanya balik harga macam mana. Takut harga dah lain pulak
Rahasimah Sufar Rahasimah Sufar 15 September, 2017
Baru saja plan nak bungkus untuk anak-anak.
Fadzi Razak Fadzi Razak 17 November, 2017
Tak pe. Memang berbaloi pun dengan harg amurha macam ni