10 Individu Terkaya Di Malaysia 2015

Semalam aku ada tengok berita. Sebenarnya aku tak ambil port sangat berita ni tapi ada satu isu yang aku rasa menarik sangat perhatian aku. Isu yang menarik minat aku tu adalah 10 individu terkaya di Malaysia untuk tahun 2015 ni. 

10 Individu Terkaya Di Malaysia 2015
Menurut Forbes, seramai 10 individu terkaya di Malaysia ni tersenarai agak berbeza daripada senarai 10 individu terkaya di Malaysia untuk tahun lepas 2014. Sebabnya kejatuhan nilai mata wang RM dan jugak harga minyak jatuh.

10 Individu Terkaya Di Malaysia 2015

Rank Individu Terkaya Di Malaysia Nilai Aset 2015
1 Robert Kuok US$11.3 billion
2 T Ananda Krishnan US$9.7 billion
3 Tan Sri Quek Leng Chan US$5.6 billion
4 Tan Sri Lim Kok Thay US$5.5 billion
5 Tan Sri Teh Hong Piow US$5.4 billion
6 Tan Sri Lee Shin Cheng US$4.6 billion
7 Tan Sri Yeoh Tiong Lay US$3 billion
8 Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary US$2.9 billion
9 Dr Goh Peng Ooi US$1.55 billion
10 Tan Sri Lee Oi Hian & Datuk Lee Hau Hian US$1.45 billion

Apa bisnes yang menyebabkan 10 individu terkaya di Malaysia ni diangkat sebagai Top 10 Richest People in Malaysia untuk tahun ni ya? Nak tau?

  • Robert Kuok - Menjalankan pelbagai perniagaan termasuk minyak sawit, gula, hartanah dan perhotelan
  • T Ananda Krishnan - Taikun komunikasi (Maxis)
  • Tan Sri Quek Leng Chan - Pemilik Hong Leong Co, menjalankan perniagaan pelbagai sektor daripada makanan kepada kewangan selain pelaburan dalam sektor minyak dan gas (O&G) serta pegangan dalam firma Indonesia Samudra Energy, syarikat Malaysia Scomi Energy Services, Alam Maritim Resources dan firma Singapura, Ezion yang menjadi pembekal sokongan untuk perkapalan dan telaga minyak
  • Tan Sri Lim Kok Thay  - Taikun kasino (Genting Group)
  • Tan Sri Teh Hong Piow - Perbankan
  • Tan Sri Lee Shin Cheng - Ketua Esekutif IOI Corporation Berhad (IOI Group)
  • Tan Sri Yeoh Tiong Lay - Pengerusi YTL Corporation (syarikat terbesar dan paling berjaya di Malaysia dalam pembinaan, utiliti, hotel, pembangunan hartanah dan teknologi)
  • Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary - Pelabur dalam firma perkhidmatan minyak dan gas iaitu SapuraKencana Petroleum
  • Dr Goh Peng Ooi - Taikun perisian (Silverlake Axis)
  • Tan Sri Lee Oi Hian & Datuk Lee Hau Hian - Menjalankan perniagaan minyak sawit, bahan kimia dan hartanah.

10 Individu Terkaya Di Malaysia 2015

Agak-agaknya bila aku boleh jadi antara 10 orang terkaya di Malaysia eh? Kena kuat usaha dan doa banyak-banyak lah jawabnya. Yang penting kita kena kreatif dalam mencari sumber pendapatan. 



0 comment... add one now