5 Sebab Anda Perlu Datang Ke Tanah Aina Cafe

February 11, 2015

Hari Ahad lepas aku ada join satu gathering untuk blogger dekat Tanah Aina Cafe yang baru bukak dekat Batu 3, Shah Alam. Alang-alang dah dekat, aku pun join je la kan. Tanah Aina Cafe tu memang baru sangat lagi bukak. Dia baru bukak Januari 2015. Tapi makanan dan dekorasi cafe dia memang menarik hati dan perhatian aku sangat.   

Tanah Aina Cafe
Ni ha muka depan Tanah Aina Cafe yang terletak dekat Batu 3, Shah Alam. Tanah Aina Cafe ni terletak dekat sangat dengan perumahan. Aku suka suasana tempat ni sebab tak sesak dengan orang, ada tanah lapang dekat tepi bangunan dan parking yang banyak. Tapi apa yang aku lagi suka tentang Tanah Aina Cafe ni, adalah 5 perkara dekat bawah. Dan 5 sebab ini lah yang aku nak sangat korang datang dan rasa sendiri apa yang aku rasa dekat Tanah Aina Cafe ni.

5 Sebab Anda Perlu Datang Ke Tanah Aina Cafe


1. Pelbagai Pilihan Main Dish Yang Sedap

Dekat Tanah Aina Cafe ni macam-macam jenis makanan ada. Ada snek, sup, mee, nasi, makanan Itali, makanan Western, set minum petang, set sarapan dan makanan-makanan manis.

Main Dish Tanah Aina Cafe
Ini antara main dish yang disediakan dekat Tanah Aina Cafe ni. Rambang mata aku tengok mana satu nak pilih. Kalau boleh, hari-hari aku nak datang dan makan satu jenis makanan setiap kali. Hahaha. Melampau tak?

Main Dish Tanah Aina Cafe
Ikut arah jam: Bolognese, Fettuccine Carbonara, Nasi Goreng dalam lesung (rare gila), Nasi Putih Lamb Shank, Nasi Lemak dengan Rendang dan Nasi Putih Rendang Acheh. 
Main Dish Tanah Aina Cafe
Ikut arah jam: Mee Goreng, Aglio Olio, Macaroni, Nasi Beriyani Lamb, Steak dan Tanah Aina Salad.

2. Pembuka Selera dan Pencuci Mulut Yang Menggiurkan

Korang nak makan makanan yang tak berat-berat sangat pun ada disediakan dekat Tanah Aina Cafe ni. Semua memang meleleh air liur je tengok.

Pembuka Selera dan Pencuci Mulut Tanah Aina Cafe
Ini antara makanan pembuka selera dan pencuci mulut yang ada di TANAH AINA CAFE. Kalau korang nak tahu, kek-kek dan roti-roti yang ada dekat Tanah Aina Cafe ni dibakar sendiri oleh owner cafe iaitu Puan Seri To Puan Datuk Shariffa Sabrina Syed Akil.  

Pembuka Selera dan Pencuci Mulut Tanah Aina Cafe
Ikut arah jam: Homemade Wholemeal Bread, Calamari, Pizza dan Cucur Udang. Ini antara snek-snek, makanan Itali dan roti yang disediakan di Tanah Aina Cafe. Roti wholemeal tu dibuat fresh setiap hari tau. Tanpa bahan pengawet langsung.

Pembuka Selera dan Pencuci Mulut Tanah Aina Cafe
Ini pulak antara pencuci mulut yang ada. Mengikut arah jam: Apple Pie, Pengat Durian dengan Pulut, dan pelbagai jenis kek. Aku nak bagitau ni. Kalau korang datang sini, makanan wajib korang kena cuba -- Pengat Durian dengan Pulut dia. Ha, ramai blogger yang makan bertambah pengat durian dengan pulut Tanah Aina Cafe ni hari tu.
 

3. Makanan Yang Tiada Bahan Pengawet, MSG Dan Sebagainya

Owner Tanah Aina Cafe ni, Puan Seri To Puan Datuk Shariffa Sabrina ni seorang yang amat mementingkan makanan yang sihat. Jadi, jangan terperanjat kalau aku cakap semua makanan yang disediakan dekat Tanah Aina Cafe ni bebas daripada bahan pengawet, ajinomoto dan MSG. Sebab tu dia bakar kek dan roti setiap hari fresh dan agak limited. Nak sihat? Mai datang makan dekat sini.  


4. Dekorasi Cafe Yang Cantik 

Percaya tak kalau aku cakap orang sekarang ni, selain daripada makanan yang sedap, mesti nak cari restoran atau cafe yang dekorasinya cantik-cantik. Sebab nak ambil gambar. Haa, kalau korang jenis yang mencari restoran atau cafe yang cantik untuk pergi, Tanah Aina Cafe memang tempat dia. Serius dekorasi cafe ni memang cantik. Rasa nak duduk lama-lama dalam cafe ni.

Dekorasi Tanah Aina Cafe
Kredit gambar: Fakhrul Islam


5. Ada Fitness Center Untuk Wanita

Selain daripada cafe, bangunan Wisma Tanah Aina ni jugak ada Fitness Centre untuk wanita. Tingkat bawah ada cafe, tingkat 1 ada macam area kalau nak booking untuk buat majlis dan tingkat 2 tu Fitness Centre. Dekat Ladies Fitness Centre tu ada macam-macam kelas contohnya Zumba, Steps, Yoga dan Body Works. Sesiapa yang duduk berdekatan Batu 3 Shah Alam, mai lah datang buat exercise. Hehehhee.  

Apa-apa pun, hari Ahad lepas memang aku enjoy gila join gathering tu. Terima kasih sangat-sangat pada HaiBlogger! sebab jemput aku join Gathering Blogger Day 2015 ni. Dan terima kasih pada Tanah Aina Cafe untuk makanan, minuman dan layanan yang mesra. 

Tanah Aina Cafe ni memang salah satu cafe yang aku sangat puas hati dengan makanan, minuman, layanan, suasana persekitaran dan dekorasi. Aku sangat sarankan kalau korang nak datang sini dengan keluarga atau kawan-kawan untuk rileks dan enjoy suasana yang tenang.

Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal Tanah Aina Cafe ni, korang boleh terjah:



You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter