6 Perkara Yang Aku Suka Tentang Restoran D'Kayangan Steamboat & BBQ

Hari semalam aku rasa macam mengidam je nak makan steamboat. Alang-alang dah duduk dekat Shah Alam ni kan, aku pun pergilah singgah dekat D'Kayangan Steamboat & BBQ. Aku dah baca banyak review blogger lain pasal restoran ni. Aku ni jenis tak percaya sangat orang cakap apa. Nak kena rasa sendiri baru aku percaya.  Jadi, semalam secara rasminya terjejaklah kaki aku ke D'Kayangan Steamboat & BBQ.

 Restoran D'Kayangan Steamboat & BBQ

6 Perkara Yang Aku Suka Tentang D'Kayangan Steamboat & BBQ

Halal Dan Diusahakan Oleh Peniaga Melayu

Pertama sekali aku nak cakap. Kalau korang datang sini, korang jangan terperanjat sebab owner restoran ni muda lagi orangnya. Serius, pertama kali aku tengok Arif (pengurus restoran) aku macam tak percaya dia pengurus sebab muda sangat. Kakak aku pun terperanjat.  Susah nak cari pengusaha makanan Melayu yang muda-muda sekarang ni. Bagus Arif, teruskan usaha anda. Hehehe. Ok, sekarang dah tau pengurus dia Melayu kan. Tak perlu ragu-ragu lagi nak makan dekat sini sebab memang dah halal.
  

Harga Yang Berbaloi 

Dekat D'Kayangan Steamboat & BBQ ni ada Pakej All You Can Eat.  Ha, makan lah korang sampai puas. 
Pakej All You Can Eat:
Sizziling Grill + Stimboat + Kambing Panggang + Masakan Panas + Buah +Dessert + Air Sejuk + Teh Tarik.
Harga Dewasa :                                            RM33nett sahaja
Harga Kanak-kanak (5-12tahun) :       RM17nett sahaja
Harga Kanak-kanak bawah 5 tahun:    PERCUMA
 

Banyak Pilihan Makanan

Dekat Restoran D'Kayangan Steamboat & BBQ ni memang banyak sangat pilihan makanan. Sekali datang memang tak dapat nak rasa semua. Kena datang 2 3 kali kot baru boleh habis rasa semua makanan yang diaorang sediakan. Antara makanan yang diaorang sediakan macam dekat bawah ni.

Kambing Bakar Restoran D'Kayangan Steamboat & BBQ
Tarikan utama diaorang adalah kambing panggang dan sos BBQ. Diaorang bakar kambing tiap-tiap hari okayyyy.

Bahan mentah Restoran D'Kayangan Steamboat & BBQ
Untuk steamboat dan BBQ ada macam-macam makanan laut, bebola, mee, telur dan sayur-sayuran. Sup steamboat yang disediakan dekat sini ada dua iaitu sup Tomyam dan sup Ayam.

Masakan panas Restoran D'Kayangan Steamboat & BBQ
Kalau rasa-rasa macam tak kena tekak dengan steamboat, diaorang pun ada sediakan masakan panas macam Nasi Goreng, Mee Goreng, Keow Teow Goreng dan Nasi Lemak.

Pencuci mulut Restoran D'Kayangan Steamboat & BBQ
Lepas makan makanan berat, mesti nak makan pencuci mulut pulak kan. Jangan risau. Macam-macam jenis pencuci mulut ada dekat sini contohnya bubur, sup mushroom, ABC, buah-buahan, ais Krim dan kek.

Sos Restoran D'Kayangan Steamboat & BBQ
Dekat sini, diaorang ada sediakan sebanyak 9 jenis pilihan sos homemade (Thousand Island, Black Pepper, Kicap Cili Api, Sos Garlic, Cili Jeruk, Sos Thai, Sos Manis, Sos Tiram dengan Garlic) 

Antara pilihan air minuman yang ada di sini adalah air oren, air anggur, teh tarik, air masak dan ais kosong.


Dua Pilihan Tempat Makan

Dekat D'Kayangan Steamboat & BBQ ni, korang boleh pilih sama ada nak duduk dekat luar atau duduk dekat bahagian dalam ada air cond. Dua-dua ada kelebihan. Kalau dekat luar, malam-malam memang best. Sambil makan sambil sedap rasa angin malam sejuk. Kawasan pun lebih luas. Kalau duduk belah dalam pulak, memang selesa sebab ada air cond dan hiasan lampu chandelier yang cantik. Aku sarankan kalau korang ada anak kecil, baik makan dekat belah dalam lah sebab selesa sikit.


Banyak Kemudahan 

Kalau korang nak makan dekat D'Kayangan Steamboat & BBQ ni, korang tak payah pening-pening pasal parking. Depan restoran ni memang berlambak tempat parking. Kalau nak solat pun, tak payah risau cari masjid ke surau mana-mana. Dalam kedai ni sendiri dah ada disediakan surau untuk lelaki dan perempuan. Tengah syok-syok makan rasa nak kencing pulak. Alah, apa susah. Tandas ada. Hahahha. Nah, complete semua kemudahan dekat D'Kayangan Steamboat & BBQ ni kan.


Pekerja Yang Effisien

Entah berapa kali aku duduk ulang alik dari meja ke tempat buffet tu. Dah habis makan steamboat, pergi ambil ais krim. Habis ais krim, pergi ambil buah. Habis buah, pergi ambil ABC. Dan orang memang tak putus-putus datang ke tempat buffet ambil makanan. Tapi, aku tengok makanan dan minuman sentiasa penuh dan ditambah sepanjang masa. Tapi, ada masa aku nak ambil ABC, sirap, jagung dan kacang dah habis. Mungkin pekerja dia tak perasan kot. Aku pun minta tolong tambah, terus diaorang tambah. 

Restoran D'Kayangan Steamboat & BBQ

Oh, untuk pengetahuan korang, D'Kayangan Steamboat & BBQ ni beroperasi dari pukul 5 petang sampai 2 pagi. Tapi, korang jangan kejam sangat datang pukul 2 pagi nak makan. Paling kurang pun datang lah pukul 12 tengah malam paling lewat. 

Sekarang ni, D'Kayangan Steamboat & BBQ dalam perancangan untuk buat BBQ arang pulak. Sekarang ni diaorang hanya gunakan bekas biasa tu saja. Wah wah wah, aku tak sabar nak tunggu diaorang buat yang pakai arang tu. Rasa grill guna arang lagi sedap dari guna bekas macam sekarang ni. Rasa macam buat BBQ betul-betul. Dan, diaorang dalam perancangan untuk tambah item baru dalam menu. Ok, nampak gayanya, lepas ni memang aku kena pergi lagi sekali la dekat D'Kayangan Steamboat & BBQ ni.

Kalau korang pun nak rasa hidangan yang disediakan dekat D'Kayangan Steamboat & BBQ ni, korang boleh cari restoran ni dekat alamat di bawah. Tak pun, korang layan saja Facebook, Instagram dan Twitter D'Kayangan Steamboat & BBQ ni.


Restoran Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan, Shah Alam
D'Kayangan Steamboat BBQ and Buffet,
Sri Acapella Service Apartment,
Jalan Lompat Tinggi13/33M,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
No. Tel: 03-5523 4979
/ 012-2971091 / 012-3970091

 

0 comment... add one now