Anugerah MeleTOP Era 2015 - 22 Februari 2015

Malam ni, 22 Februari 2015, Anugerah MeleTOP Era 2015 dilangsungkan khas dari Stadium Putra Bukit Jalil. Anugerah MeleTOP Era 2015 ni dimulakan dengan Konsert Tirai AME 2015. Konsert Tirai AME2015 bermula pada pukul 8.30 malam.

Anugerah MeleTOP Era 2015 - 22 Februari 2015

Anugerah MeleTOP Era 2015 kali ini dihoskan oleh Dato' AC Mizal, Nabil Ahmad, Neelofa dan kumpulan Jozan. Semoga Jozan dan Nabil buat lawak berilmu sikit ya malam ni. Selain daripada hos pentas, pelawak Jihan Muse, Dahlia Shazwan serta penyampai ERA Fm iaitu Haniff dan Ray pulak akan menjayakan Hos Karpet Merah MeleTOP.

Kalau korang nak tau, tahun ni merupakan tahun yang kedua Anugerah MeleTOP Era diadakan bagi meraikan personaliti dan karya paling hit dan meletop merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem, digital sepanjang tahun 2014.

****

Penyampai anugerah pertama iaitu Anugerah Fesyen MeleTOP disampaikan oleh Izzue Islam dan Izara Aisyah. Entah kenapa aku rasa awal-awal dah macam serabut je Anugerah MeleTOP Era 2015 ni. 

Anugerah Fesyen MeleTOP 

Fazura


Komen aku - Pengacara menjerit-jerit bila nak countdown untuk persembahan daripada artis jemputan. Bengit jugak telinga ni. Lepas tu ada pulak tarian singa. Macam tak kena pulak.

Persembahan Saleem dengan lagu Suci Dalam Debu dan Ganu Kite.
Wings pulak tampil dengan lagu Opera Hidup.
Persembahan Joe Flizzow dengan lagu Baek.

Artis Baharu Meletop

Ayda Jebat


Bintang Online MeleTOP

Dato' Siti Nurhaliza 

 
Persembahan oleh Akim & The Majistret dengan lagu Mewangi. Komen aku - Microphone yang Akim guna tersekat-sekat masa buat persembahan. Belum habis persembahan, dah ada suara latar AME2015. Lepas tu sambung semula pulak Akim menyanyi. What??

Couple MeleTOP

Scha & Awal


Persembahan Jaclyn Victor dan Shawn Rivera membawakan lagu All Of Me. Ini satu-satunya persembahan yang awesome untuk malam ni. 


Program Radio MeleTOP

JoHaRa Pagi Era


Penyampai Radio MeleTOP

 Johan


Group/ Duo MeleTOP

Akim & The Majistret


Penyanyi MeleTOP

Dato' Siti Nurhaliza


Persembahan Lima Bara dengan lagu Di Halaman Rindu (Lefthanded) dan Fantasia Bulan Madu (Search). Komen aku - boleh tahan sedap jugak suara Shuib ni.  

Lagu MeleTOP

Mewangi


Persembahan daripada Repvblik dengan lagu Isabella. Komen aku - sebelum Repvblik menyanyi ada bunyi lagu pelik dekat background dan bukannya lagu Isabella dan Selimut Tetangga. Lawak Johan dengan Nabil sebelum memperkenalkan Repvblik pun tak lawak. 


Program TV MeleTOP

Maharaja Lawak Mega 


Drama TV MeleTOP

Bukan Kerana Aku Tak Cinta


Persembahan Hazama dengan lagu Kamelia.
Persembahan Dato' Ramli Sarip dengan lagu Teratai. Komen aku - suara Dato' Ramli Sarip memang power. 

Komen aku - Masa pengacara (Nabil, Zizan, Johan, AC Mizal dan Neelofa) nak memperkenalkan Kumpulan Senario untuk mengumumkan pemenang untuk Anugerah Hos TV MeleTOP, cubaan lawak yang dieorang buat panjang sangat dan tak lawak.     


Hos TV MeleTOP

Dato' AC Mizal


Artis Lawak MeleTOP

Johan


Pelakon TV MeleTOP

Zul Ariffin

Persembahan daripada Jamal Abdillah dengan lagu Azura dan Derita Cinta. Komen aku - suara Jamal Abdillah tak pernah berubah. Memang sesuai dengan lagu-lagu yang dia bawak. 

Pelakon Filem MeleTOP

Nelydia Senrose


  Filem MeleTOP

Abang Long Fadil


Persembahan daripada Dato' Siti Nurhaliza. Memang comel Dato' Siti ni menari atas pentas.

Top Top MeleTOP (Wanita)

Ayda Jebat


Top Top MeleTOP (Lelaki)

Johan


Dah habis dah Anugerah MeleTOP Era 2015 ni untuk malam ni. Of course setiap semua tu ada kelemahan dan kekuatan. 

Kelemahan - sound system awal-awal teruk, mikrofon sekejap on sekejap off, pengacara yang kadang-kadang buat lawak tak lawak, cakap panjang. Anugerah-anugerah yang diberi pada pemenang kadang-kadang aku nampak macam syok sendiri pun ada. 

Kelebihan - walaupun ada iklan Aura White tapi tak melampau macam Qu Puteh waktu Anugerah Juara Lagu dulu tu. Persembahan-persembahan daripada artis-artis otai (Ramli Sarip, Jamal Abdillah, Jaclyn Victor dan Siti Nurhaliza terutamanya) memang gila best.

Apa pun, jom tidur. Besok kerja kan?


0 comment... add one now