Buat Duit Online Dengan Berkongsi Resepi Masakan

Percaya tak dengan berkongsi resepi masakan saja korang boleh buat duit online? Kalau korang ni mak-mak yang selalu masak dekat dapur atau gadis-gadis pelajar yang jimat duit selalu masak dekat dapur, apa salahnya korang kongsi resepi-resepi korang tu dekat laman web LetsMasak ni. 

http://letsmasak.com/?id=734

Jangan risau kalau resepi korang tu jenis resepi mudah-mudah saja. Lagi aku suka kalau korang ada resepi-resepi yang mudah. Senang aku nak ikut. Hahaha. Di samping berkongsi resepi, korang boleh dapat duit mudah pulak tu. Dekat laman web LetsMasak dah ada orang yang dapat kumpul duit sebanyak RM216.00. 

Top Earners LetsMasak

Jadi, macam mana nak jadi macam Top Earners LetsMasak ni? Macam mana nak buat duit online melalui LetsMasak ni? Sebenarnya ada macam-macam cara.
  • Jadi Top Contributors Of The Month
  • Kongsi resepi korang di LetsMasak
  • Masak semula resepi yang dikongsikan oleh orang lain
  • Bila ada orang masak semula resepi korang
  • Kongsi tips memasak
  • Ajak kawan daftar LetsMasak

Ha, senang saja kan? Setiap benda yang korang buat di atas ni akan ada LetsMasak point. Point-point ini lah yang korang boleh gunakan untuk tebus kepada duit. Setiap aktiviti akan diberikan point-point macam dekat bawah ni. 

LetsMasak Point

10 LM point bersamaan dengan RM0.10. 
100 LM point bersamaan dengan RM1.00.
1000 LM point bersamaan dengan RM10.00.

Untuk menebus LM point korang kepada wang tunai, minimum kena ada 1000 LM point dalam akaun. Bila dah ada 1000 LM point, bolehlah korang tebus wang tunai tu.

Faham?

Bagus.

Aku dah daftar dah LetsMasak ni. Tapi progress aku baru 50% sebab aku tak kongsi resepi atau masak balik resepi orang lain. Aku baru saja daftar semalam. Aku baru saja kemaskini avatar, cover dan profil. Selain tu jugak aku ada komen dan favourite resepi orang lain. Sekarang ni, aku tinggal nak kongsikan resepi dan masak semula resepi orang lain untuk dapatkan progress 100% tu.

Progress Fadzi Razak

Sekarang aku punya LetsMasak (LM) point baru 560. Aku dapat LM points ni sebab aku berkongsi tips. Resepi aku tak kongsi lagi.

Gambar dekat bawah ni pulak aku punya profil. Dalam LetsMasak, profil dipanggil Kitchen. Jadi ini adalah Kitchen Fadzi Razak. 

Kitchen Fadzi Razak LetsMasak

Hehehe. Jadi, bila korang nak mula buat duit online hanya dengan berkongsi resepi ni? Kalau korang nak cuba, korang boleh daftar dekat Daftar LetsMasak sini.   



Contest ini dianjurkan oleh LetsMasak.com dan disokong bersama Kelab Komuniti Hai Blogger!

 

0 comment... add one now