Follower #300 - Kyla Pearlisha

Sebenarnya dari semalam aku tunggu siapa lah follower yang bertuah sangat nombor 300 blog Fadzi Razak ni. Tunggu-tunggu punya tunggu, tak ada jugak. Lekat dekat 299 saja. Lepas tu aku pun tidur saja lah. Ingatkan konon-konon nak ambil gambar follower dengan nombor 300 tu. Tengok-tengok pagi ni, dah jadi 301. Heheheh.

Follower Fadzi Razak
 
Blogger yang menjadi follower blog Fadzi Razak yang ke 300 kali ini adalah +Kyla Pearlisha. Terima kasih sebab sudi follow blog saya Kyla. Lepas ni harap-harap kita boleh saling berblogwalking dan berkomen-komen di antara satu blog dengan yang lain. Dan semoga satu hari nanti, kita boleh jumpa face to face jugak mungkin?

Follower Blog Fadzi Razak
Kalau diikutkan, Kyla ni mula berblog tahun 2013. Walaupun tak banyak sangat entri yang Kyla post kan, tapi dia tetap terus menulis. Disebabkan Kyla ni seorang isteri dan juga seorang ibu, kebanyakan entri Kyla berkisarkan pada kehidupan dia, resepi-resepi masakan, tempat Kyla keluar berjalan-jalan dan keluarga. Korang kena tengok family Kyla ni. Baby dia sangat comellllll! Geram rasa nak gigit-gigit je. Hahaha.


http://cutelittlepearl.blogspot.com

Apa yang aku suka tentang blog Kyla ni adalah pemilihan warna yang lembut dan susunan blog yang sangat kemas. Serius memang kemas. Cuba korang pergi jengah ke blog Kyla, mesti rasa senang saja mata membaca. Warna biru lembut yang dipilih sebagai tema blog memang menenangkan dan memudahkan orang untuk membaca serta terus membelek satu persatu entri yang ditulis Kyla.

Kalau korang nak tahu tempat-tempat yang menarik dilawati untuk mereka yang mempunyai anak kecil atau pun nak cuba resepi-resepi masakan, aku sarankan korang jenguk ke blog Kyla Pearlisha. InsyaAllah banyak yang korang boleh dapat dan belajar dalam blog Kyla.

Dan kepada Kyla, teruskan menulis. Saya suka baca blog awak :) Dan saya suka tengok baby Pearlisha!


 

0 comment... add one now