Jentayu Spa & Salon Ampang - Pakej Spa Serendah RM30 Hingga RM1200 Di Kuala Lumpur

February 22, 2015

Dalam minggu lepas aku baru pergi ke satu spa dekat Ampang ni nama dia Jentayu Spa & Salon. Aku meroyan bila aku tahu harga pakej-pakej yang Jentayu Spa & Salon tu tawarkan sebab murahhhh gileeee. Dah lah pakej murah, banyak servis dalam satu pakej pulak tu. Even budak-budak sekolah pun boleh pergi spa dengan harga paling murah sekarang ni. Semua ada dekat Jentayu Spa & Salon Ampang. 

Jentayu Spa & Salon Ampang

Aku ingat lagi sebelum aku kahwin dulu. Disebabkan semua aku nak DIY dan nak jimat duit, semua aku buat sendiri dari design kad kahwin, design papan tanda, hias barang hantaran dan buat doorgift. Akhirnya aku penat sendiri, bahu lenguh macam nak tercabut. Gigih aku cari spa untuk mengurut bahu waktu tu. Tapi sedih sebab semua spa mahal. Untuk urut belakang setengah jam saja dah RM40 lebih. Sedih tak? Kalau Jentayu Spa & Salon Ampang ni ada dari dulu lagi, memang aku dah lama pergi sini. 

 

Pakej Jentayu Spa & Salon Ampang KL

Dekat bawah ni aku ada senaraikan pakej-pakej yang ditawarkan dekat Jentayu Spa & Salon Ampang. 

Pakej Spa Murah KL

Pakej A Jentayu Spa & Salon (RM50):

Sauna Room
Body Scrub
Facial Treatment

Pakej B Jentayu Spa & Salon (RM100):

Sauna Room
Body Scrub
Body Masker
Facial Treatment
Back Massage


Pakej Spa Murah KL
 

Pakej C Jentayu Spa & Salon (RM 88):

Sauna
Body Scrub
Massage Full Body

Pakej Pre Wedding Jentayu Spa & Salon (RM158):

Sauna
Body Scrub
Whitening Masker
Facial Treatment
Mandi Bunga. Seri Wajah
Body Massage
Basic Manicure & Padicure

Pakej Spa Murah KL
 

Pakej After Birth/Bersalin Premium Jentayu Spa & Salon (RM1200):

5 Herbal Scrub
5 Tradisional Massage
Ikat Bengkung
Pilis/Rempah
Tungku
Air sirih/Air Kunyit
*Servis ke rumah


Pakej Spa Murah KL
 

Pakej Happy Hour Jentayu Spa & Salon

(Termasuk pengangkutan pergi balik PERCUMA dari pejabat/LRT/rumah ke Jentayu Spa & Salon untuk temujanji berkumpulan - minimum 3 orang)

Pakej RM38:

Sauna
Body Scrub
Facial Treatment

Pakej RM68:

Sauna
Body Scrub
 Body Massage

Pakej RM88:

Sauna
Body Scrub
Back Massage
Facial Treatment 


Mesti korang tercari-cari mana Pakej RM30 Jentayu Spa & Salon kan kan kan? Hehehe. Pakej RM30 tu sebenarnya untuk student. Tak kisahlah korang student sekolah rendah ke sekolah menengah ke universiti diploma degree master PhD ke, korang layak dapat Pakej Student Jentayu Spa & Salon yang berharga RM30 ni. 

Apa yang korang perlu buat cuma tunjuk Student Card korang dan wallah! Dapatlah korang Pakej Student RM30 tu. Dalam Pakej Student ni, ada 3 treatment yang korang boleh buat - sauna, facial treatment dan body scrub


Selain daripada pakej spa & salon yang murah, Happy Hour dan servis ke rumah, apa yang aku suka pasal Jentayu Spa & Salon Ampang ni adalah tempat dia. Tempat mengurut badan dan belakang dekat satu bilik, sauna dan jakuzi satu bilik, salon rambut, manicure, padicure dan foot massage satu tempat. Dekorasi setiap bilik pun sangat simple dan luas.

Jentayu Spa & Salon Ampang
Ini bila korang mula-mula masuk dalam Jentayu Spa & Salon Ampang ni. Kaunter dan ada jugak ruangan menunggu. Jadi, kalau suami-suami ke boyfriend ke ayah-ayah tak nak buat spa treatment, korang boleh tunggu dekat sini je. Selesa.

Jentayu Spa & Salon Ampang
Dalam bilik besar ni lah tempat gunting rambut, cuci rambut dan segala perkhidmatan penjagaan kesihatan rambut dibuat. Dalam bilik ni jugak foot massage, manicure dan padicure akan dibuat. Luas sangat bilik ni, memang selesa. Hari tu kitaorang ramai-ramai lebih dari 20 orang duduk berkumpul dalam bilik ini saja.

Jentayu Spa & Salon Ampang
Ini pulak dekat bilik belakang. Bilik ni aku paling suka sebab feeling-feeling macam dekat Bali. Hahaha. Macam pernah pergi je la kan. Dalam bilik ni segala massage - back massage dan full body massage akan dibuat. Setiap ruangan akan ditutup dengan kain waktu treatment dibuat. Ada jugak lagu-lagu lembut dimainkan waktu treatment dibuat. Memang best.

Jentayu Spa & Salon Ampang
Ini yang aku paling semangat nak cerita. Bilik sauna dan jakuzi. Dalam satu bilik. Jadi senang lah, lepas je korang berpeluh-peluh dalam bilik sauna tu, terus masuk dalam jakuzi. Aku sebenarnya tak pernah rasa berjakuzi-jakuzi ni. Aku jadi excited gila bila dapat tahu Jentayu Spa & Salon Ampang ni ada sauna dan jakuzi. Heee.

Jentayu Spa & Salon Ampang
Ini pulak antara produk-produk yang digunakan di Jentayu Spa & Salon Ampang ni. 

InsyaAllah lepas aku selamat melahirkan baby aku ni nanti, aku nak datang sini untuk buat After Birth treatment. Nak bagi badan segar sikit. Korang-korang yang duduk dekat area Ampang tu sesuai sangat kalau nak pergi sini. Harga berbaloi dan kawasan Jentayu & Spa Ampang ni tak crowded.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal JENTAYU SPA & SALON AMPANG ni, korang boleh usha dieorang punya Facebook dan Instagram. Alamat pun aku kongsikan dengan korang dekat bawah ni. Landmark Jentayu Spa & Salon ni atas kedai SpeedMart.

Jentayu Spa & Salon

80 A, Jalan Teratai 1/2, 
Taman Bukit Teratai,
Ampang, Kuala Lumpur.

Puan Esma Azura: +6018 212 5978
Puan Manja: +6019 335 3585



  Kredit gambar: HaiBlogger!, Giorgio dan SayaIday.



You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter