Makan-makan Di Pak John Steamboat & BBQ

Semalam aku dah cerita yang aku menang cash voucher untuk makan dekat Pak John Steamboat & BBQ kan. Hari ni aku nak cerita dekat korang, apa yang aku makan untuk kali kedua di Pak John Steamboat & BBQ. Waktu aku pergi Sabtu lepas, terserempak pulak dengan Halim tengah buat food review dengan blogger-blogger lain dekat situ jugak. :D

Pak John Steamboat & BBQ

Okay lah tak nak buat mukadimah panjang-panjang. Aku nak cerita terus dan tunjuk terus apa yang aku makan hari Sabtu lepas dekat Pak John Steamboat & BBQ.

Cash Voucher Pak John Steamboat & BBQ
Ni cash voucher yang aku dapat daripada Pak John Steamboat & BBQ. Abaikan valid date tu sebab aku dapat extension untuk date ni. Hehehhe.

Steamboat Pak John
Seperti biasa, kalau datang ke restoran steamboat dan BBQ tapi tak makan steamboat memang tak guna lah kan? Untuk steamboat, aku ambil setiap satu bahan mentah ni dua. Cukup lah untuk makan berdua. Stim kan semua dalam sup tomyam, cicah dengan sos yang ada. Pergh, memang sedap.

Grill Pak John
Ini pulak premium product diaorang. New Zealand Lamb, Australia beef, premium abalone dan smoke duck breast. Yang premium produk ni asyik tambah New Zealand lamb dengan Australia beef non-stop. Isk isk isk.

Sos Pak John
Ini pulak sos yang ada. Pak John Steamboat & BBQ sediakan 7 sos yang berbeza dengan rasa yang memang kaw. Ada manis, ada pedas, ada masam, ada masin. Kalau korang nak sos yang paling best, aku cadangkan ambil Sweet Sauce. Serius sedap dan tak pedas. Disediakan juga marjerin untuk memasak bahan-bahan mentah untuk di grill nanti.

Kaya Balls Pak John
Hari tu, aku tak sempat nak rasa kaya balls sebab dah habis. Kali ni, memang target aku nak rasa kaya balls Pak John ni. Comel saja kaya balls Pak John ni kalau korang nak tau. Tapi, inti dia sikit sangat pulak. Kalau dia isi kaya banyak sikit dalam ni, mesti lagi sedap.

Chocolate Waffles Pak John
Chocolate Waffles. Hari tu dah makan tapi nak makan lagi sekali sebab hari tu lupa nak ambil gambar. Serius chocolate waffles ni sedap. Tapi, kalau letak coklat lagi banyak, mungkin lagi sedap. Hohohoo.

Dimsum Pak John
Ini yang aku paling tunggu-tunggu selama ni. Dim sum. Masa pertama kali datang Pak John, aku tak sempat nak rasa dimsum diaorang sebab perut dah terlampau penuh. Kali ni, sampai-sampai saja di Pak John, duduk dan order sup, terus aku pergi ke kaunter Dimsum untuk order. Tapi, sebab Dimsum ni hot stuff, cepat saja habis. Kena tunggu baru dia kukus yang lain baru dapat. Lama jugak aku tunggu turn nak dapat. Akhirnya berjaya juga merasa Dimsum ni. Hohohooh.

Korang bila lagi nak terjah Pak John Steamboat & BBQ ni? Aku cadangkan pergi dekat eCurve punya cawangan. Lebih banyak pilihan buffet. Kalau dekat cawangan Wangsa Walk lebih kepada set siap-siap. 

Tips:
*Kalau korang student:
Pergi pukul 11 pagi sampai pukul 5 petang setiap hari. Ada diskaun 30% untuk pelajar.
*Kalau korang perempuan:
Pergi hari Selasa dan Khamis. Ada diskaun 20% untuk wanita.
*Kalau hari jadi dah dekat:
Boleh 3 hari sebelum atau selepas hari lahir, minimum orang yang makan 5 orang, yang sambut hari lahir boleh makan secara percuma.

 

Post a Comment

0 Comments