Menang Hadiah HaiBlogger! Dan Pak John Steamboat & BBQ

Ingat lagi aku ada buat satu entri pasal ade kontest HaiBlogger! kan. Yang kena upload gambar kreatif untuk menang 9 hadiah. Hohohoho. Gembiranya aku bila dipilih sebagai salah seorang pemenang Kontest HaiBlogger! tu. Nak tau aku menang apa?

Upload, Tag & Menang Kontest HaiBlogger!

Dengan menggunakan sekeping gambar yang aku cari dekat Google Images dan kebolehan ambil gambar sedikit dan juga kebolehan edit menggunakan Photoshop (hahahahha), aku pun berjaya mendapatkan 2 keping voucher makan di Pak John Steamboat & BBQ. Menangis-nangis aku bila tau aku menang voucher makanan (okay ini aku tipu). Aku suka makan kot. Walaupun perut kecil. Hahahaha.

Nak tau gambar apa yang menyebabkan aku boleh menang Voucher Makanan daripada HaiBlogger! dan Pak John? Ni ha gambar dekat bawah ni dengan caption: 

"@PakJohnBBQ, saya tak nak makan button badge @HaiBloggerOfficial ni. Saya nak makan steamboat sedap dekat Pak John BBQ. Tolong bagi saya menang 2 keping cash voucher untuk makan steamboat sampai lebam dekat Pak John BBQ. Nanti saya nak makan banyak-banyak, ambil  gambar banyak-banyak dan buat food review Pak John BBQ sekali lagi dalam blog. Please?"

Upload, Tag & Menang Kontest HaiBlogger!

Kira hebat jugak lah aku membodek ni kan. Kalau tak, tak menang kot. Hohohoho. Sebelum ni aku ada peluang untuk makan Pak John Steamboat & BBQ ni jugak untuk food review. Kalau nak baca food review tu, korang boleh baca dekat 5 Perbezaan Ketara Pak John Steamboat & BBQ Dengan Restoran Steamboat Yang Lain. Tapi, disebabkan oleh kekangan masa dan perut, aku tak sempat nak merasa semua makanan yang disediakan dekat Pak John Steamboat & BBQ tu.

Jadi, nanti aku nak buat satu lagi food review dan gambar-gambar makanan yang aku tak rasa lagi waktu aku buat food review yang pertama dulu. Kali ni habis semua makanan aku rasa. Hahahha. Eh eh perut tak padan dengan satu kan. :p

Apa-apa pun, terima kasih Pak John Steamboat & BBQ dan HaiBlogger! untuk cash voucher ni. Kenyang aku makan percuma. :)

0 comment... add one now