Muat Turun Majalah Niaga - Sumber Informasi Utama Para Usahawan

Korang pernah dengar pasal Majalah Niaga tak? Sebelum ni Majalah Niaga ni dikenali sebagai Majalah IM. Majalah Niaga ni sebenarnya dah lama ada dekat dunia internet Malaysia ni. Dari tahun 2008 lagi. Majalah Niaga ni adalah salah satu sumber informasi utama bagi para usahawan.

Majalah Niaga
 
Siapa yang patut membaca Majalah Niaga ni? Bagi aku, semua orang boleh baca Majalah Niaga ni. Aku pun baru saja download Majalah Niaga yang diberikan secara percuma di laman web Majalah Niaga. Tapi, bagi korang yang berminat untuk membina empayar perniagaan sama ada perniagaan online mahupun offline memang sesuai sangat baca Majalah Niaga ni. Aku pun download dan baca Majalah Niaga ni sebab baru-baru ni aku baru saja melancarkan Instashop aku - Dear Fadzi.   

Ada apa dengan Majalah Niaga ni?

Okay, matlamat utama Majalah Niaga ni adalah untuk menjadi medium perkongsian dalam bidang keusahawanan dari usahawan-usahawan kepada masyarakat. Pelbagai artikel-artikel keusahawan yang berkualiti ditulis oleh usahawan-usahawan yang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Semua tak lokek berkongsi ilmu macam mana untuk terus berjaya dalam bidang perniagaan.

Kalau korang berminat untuk membaca Majalah Niaga ni, korang boleh download Majalah Niaga secara percuma setiap 2 bulan sekali. Setiap edisi akan disertakan dengan temubual ekslusif bersama usahawan yang berjaya.

Majalah Niaga Edisi 31

 Sekarang Majalah Niaga dah sampai ke edisi 31 yang juga merupaka Edisi Khas 2015. Yang menjadi muka depan Majalah Niaga untuk Edisi Khas 2015 ni adalah Prof Dr Muhaya, seorang pakar mata dan pencetus inspirasi. Nampak tak betapa jauhnya kita ketinggalan. Sekarang dah sampai ke edisi yang ke 31. Aku baru saja habis download semua edisi dan sekarang baru habis baca edisi yang ke 5.

Korang nak download jugak Majalah Niaga ni? Kalau korang nak, korang boleh download dekat Download Majalah Niaga sini. Semoga korang boleh dapat sesuatu melalui perkongsian aku ni.

Download Majalah Niaga

Kalau korang rasa perkongsian aku ni berguna, jangan lupa Share dekat Facebook, Twitter dan jugak Google+. Aku nak lebih ramai yang tau pasal Majalah Niaga dan ilmu yang ada dalam majalah ni. 


Post a Comment

0 Comments