Pengalaman Pertama Sertai Gathering Blogger Day 2015

Pada 8 Februari 2015 yang lepas, aku buat julung-julung kalinya menyertai satu event blogger iaitu Gathering Blogger Day 2015 yang dianjurkan oleh HaiBlogger! Mula-mula aku rasa macam segan-segan nak jumpa blogger-blogger otai sebab diaorang dah lama berkecimpung dalam dunia blogging Malaysia ni. Aku pulak baru setahun jagung. Tapi, lepas gathering tu, aku rasa macam best pulak gathering-gathering ni. Hahahaha.

Gathering Blogger Day 2015

Gathering Blogger Day 2015 ni diadakan di Tanah Aina Cafe yang terletak di Batu 3 Shah Alam. Serius cafe ni memang cantik sangat. Siap ada training center untuk perempuan lagi tu. Kalau korang berminat nak pergi sini, boleh baca review aku pasal Tanah Aina Cafe yang aku buat hari tu

Apa yang aku dapat daripada Gathering Blogger Day 2015 ni?

Sebelum ni aku sangat segan nak join apa-apa atau nak bertegur sapa dengan blogger kalau jumpa dekat luar. Nak nak pulak orang memang tak kenal muka aku. Tapi, dalam Gathering Blogger Day 2015 ni, aku rasa senang sangat nak bertegur sapa, nak berborak dan berkenalan dengan blogger-blogger yang baru aku jumpa. Memang semua peramah-peramah belaka.
 
Gathering Blogger Day 2015

Jadi, aku nak sarankan kalau ada mana-mana komuniti blogger yang nak buat gathering, korang join saja. Selain dari dapat berkenalan dengan blogger-blogger lain, korang boleh kembangkan network korang. Tak kisahlah komuniti mana-mana pun. Kalau komuniti blogger tu bagus, dia akan open invitation pada blogger-blogger yang lain jugak. Tapi kalau komuniti blogger tu macam makan sendiri-sendiri saja, hanya blogger-blogger geng diaorang yang sama saja lah yang boleh join. Hiks.

Gathering Blogger Day 2015
Kredit gambar:  Fakhrul Islam

Kalau aku tau gathering blogger ni best macam ni, dah lama aku jadi blogger. Okay, ada lagi ke yang nak buat gathering blogger? Aku nak join ni. :D

Post a Comment

0 Comments