Peta Daerah Negeri Selangor

February 04, 2015

Selangor Darul Ehsan merupakan salah satu negeri daripada 13 negeri di dalam Malaysia ni. Selangor bersempadan dengan negeri Perak di belah utara, Pahang di sebelah timur dan Negeri Sembilan di selatan. Selangor jugak mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selangor

Disebabkan bulan ni tema entri blog aku adalah Selangor, jadi aku nak kongsikan dengan korang peta Negeri Selangor. Dalam Selangor ada 9 buah daerah iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Klang, Sepang dan Petaling. 

Peta Selangor

Satu lagi peta yang aku nak kongsi ni dalam bentuk PDF jadi korang download saja lah. Aku dapat peta ni daripada laman web Tourism Selangor.

Dalam peta negeri Selangor dalam bentuk PDF ni menunjukkan banyak tempat-tempat menarik, universiti, bangunan-bangunan terkenal, homestay, restoran, resort, air terjun, taman tema, lapangan terbang dan macam-macam lagi tempat yang ada di negeri Selangor ni. Pendek kata, kalau korang nak berjalan, korang guna peta ni pun dah ok.

Ok lah, kalau korang nak tengok peta ni, korang boleh download dekat butang Selangor Fun Map di bawah ni.
http://www.tourismselangor.my/wp-content/uploads/2014/04/Slgr-Fun-Map.pdf
 
Aku harap dengan Selangor Fun Map ni, korang boleh gunakan untuk melancong ataupun nak kenal negeri Selangor ni dengan lebih mendalam lagi.



You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter