Program Tuisyen Rakyat Selangor - Program Pendidikan Untuk Anak-Anak Selangor

February 05, 2015

Aku ada satu soalan. Korang yang ada anak ni, nak nak lagi yang akan menghadapi peperiksaan penting macam UPSR, PT3, SPM dan STPM tahun ni, korang ada rancang untuk hantar anak korang pergi tuisyen tak? Ke biar saja anak korang belajar dekat sekolah tak payah pergi tuisyen? 

Aku dulu-dulu nak SPM, rajin pulak ayah aku pergi hantar kelas tuisyen padahal aku malas gila. Kesian ayah aku. Dah lah bayar mahal-mahal kelas tuisyen, aku pulak buat peel malas. Aku rasa macam sia-sia pulak aku pergi kelas tuisyen mahal-mahal tapi buat malas.


Program Tuisyen Rakyat

Sekarang ni aku rasa yuran tuisyen mesti lagi mahal dari dulu kan? Tapi, bagi orang-orang Selangor yang berpendapatan rendah, kerajaan Selangor ada sediakan Program Tuisyen Rakyat. Program Tuisyen Rakyat ini adalah program khusus yang dijalankan bagi meningkatkan, memenuhi dan merealisasikan agenda bagi memastikan kebajikan rakyat, kualiti hidup rakyat, memantapkan ekonomi rakyat menyempurnakan definisi pendidikan kepada 5M:
  • Membaca
  • Menulis
  • Mengira
  • Memikir 
  • Mengamal


Dasar Program Tuisyen Rakyat

  • Bantuan pendidikan berbentuk kelas tambahan (tuisyen) kepada para pelajar yang memperolehi keputusan yang sederhana atau lemah. 
  • Untuk pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan bawah RM2000.


Objektif Program Tuisyen Rakyat

  • Menyempurna dun merealisasian Dasar Kerajaan Negeri dalam memenuhi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)
  • Membantu rakyat yang berpendapatan (RM2000 ke bawah) untuk pendidikan yang terbaik kepada anak mereka. 
  • Membuka lebih ruang kepada ADUN mendekati rakyat kawasannya. 
  • Membantu memantapkan jatidiri pelajar/mengurangkan gejala sosial melalui program-program sokongan. 
  • Memberikan satu bentuk perkhidmatan penjanaan modal insan dalam bentuk sumbangan pendidikan dan kemasyarakatan yang positif.



Matapelajaran yang ditawarkan dalam Program Tuisyen Rakyat seperti berikut: 

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris 
  • Matematik 
  • Sejarah

Kalau korang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang Program Tuisyen Rakyat ni atau nak masukkan anak-anak korang ke Program Tuisyen Rakyat ni, korang boleh tengok dekat laman web Program Tuisyen Rakyat atau hubungi Unit Pendidikan dekat alamat dan nombor telefon di bawah.
 
Unit Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, 
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

40000 Shah Alam
Selangor
TEL: 03-5544 7480/ 7481/ 7482/ 7543
FAKS: 03-5510 4095/ 5513 5564/ 5544 7391 



You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter