RM1500 Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

February 09, 2015

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS). Aku rasa ramai mak ayah yang duduk di Selangor ni dah tau pasal Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) ni tapi tak dapat update terbaru pasal program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ni kan. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) ni merupakan salah satu program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

Kalau dulu pendaftaran boleh dibuat sampai anak berumur satu tahun, sekarang syarat dah dilanjutkan. Korang masih boleh daftar untuk anak-anak sebelum mereka berumur 3 tahun. Sesiapa anak Selangor yang masih tak daftar lagi anak-anak korang untuk program TAWAS ni, pergi lah daftar cepat-cepat sebab ade benefit untuk anak korang tu nanti.

Manfaat Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

Ada beberapa manfaat yang korang dan anak-anak korang (terutamanya) akan dapat kalau korang join program TAWAS ni.

1. Hadiah RM1500 Untuk Anak Kelahiran Selangor

Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya (bila korang mendaftar sebelum anak berumur 3 tahun). Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS. 

2. Manfaat Khairat Kematian YAWAS

Dengan Khairat Kematian YAWAS ni, kalau ahli TAWAS meninggal dunia sebelum berumur 18 tahun, ibu bapa boleh menuntut sumbangan yang bernilai RM1500. Pembayaran sumbangan akan dibuat dalam bentuk cek.  

3. Diskaun Penginapan Di De Palma Hotel

Kalau anak-anak korang ada kad TAWAS ni, korang boleh dapat diskaun untuk menginap dekat Hotel De Palma. Hotel De Palma Ampang, Shah Alam dan Kuala Selangor. Yang ni aku tak berapa pasti macam mana. Kena call Hotel De Palma sendiri untuk confirmation. 

4. Pakej Keahlian AAM

Untuk ahli TAWAS, korang akan dapat kadar keahlian eksklusif AAM iaitu sebanyak diskaun 50%. 
  • AAM Ordinary - RM50 untuk setahun
  • AAM Elite - RM65 untuk setahun

AAM jugak ada menawarkan kadar harga yang sangat berpatutan kalau korang nak sewa KERUSI KERETA BAYI atau BASSINET AAM. Untuk maklumat lanjut pasal Pakej Keahlian AAM TAWAS ni korang boleh rujuk dekat Automobile Association Malaysia TAWAS


Untuk maklumat-maklumat lain dan cara nak daftar, korang boleh tengok laman web TAWAS atau pun Facebook TAWAS. Aku sarankan korang Add Facebook TAWAS sebab dieorang akan update dekat mana diaorang akan bukak booth untuk mendaftar dari semasa ke semasa untuk memudahkan orang ramai.

Korang-korang yang dekat Selangor tu ada anak-anak yang belum berumur 3 tahun lagi tak? Jangan lupa daftar TAWAS ni tau. Banyak betul benefit duduk Selangor ni.


 


You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter