Tarif Elektrik Turun Mulai 1 Mac 2015

February 12, 2015

Tarif elektrik pengguna Malaysia turun mulai 1 Mac 2015. Aku baca berita ni malam semalam lagi. Tapi, malas nak update blog semalam. Heee. Aku rasa ini merupakan berita gembira buat semua penduduk Malaysia lepas harga minyak untuk bulan Februari 2015 ni turun. Betul tak?

Tenaga Nasional Berhad

 Tapiiii.. Aik, ada tapi lagi?

Ye la, kalau ikutkan dalam Utusan, Berita Harian dan Kosmo, penurunan harga ni dari 1 Mac 2015 sampai 30 Jun 2015 saja. Kenapa tak sampai bila-bila? Kenapa ya? Krik krik sungguh. Aku pun tak pasti kenapa.


Kenapa kerajaan ambil keputusan untuk turunkan tarif elektrik ni?

Sebenarnya kerajaan buat keputusan ni lepas mengambil kira penurunan kos bahan api global. Bagus jugak kerajaan ni. Harga minyak dah turun. Harga elektrik akan turun. Ha, para peniaga dan pembekal, apa lagi. Masa untuk korang turunkan harga lah pulak. 


Purata kadar tarif elektrik semasa:

Semenanjung Malaysia - 38.53 sen per kWh
Sabah dan Labuan - 34.52 sen per kWh

Purata kadar tarif elektrik bermula 1 Mac hingga 30 Jun 2015:

Semenanjung Malaysia - 36.28 sen per kWh - Pengurangan tarif sebanyak 2.25 sen per kWh (5.8% penurunan)
Sabah dan Labuan - 33.32 sen per kWh - Pengurangan tarif sebanyak  1.20 sen sen per kWh (3.5% penurunan)
 

Tarif Elektrik 1 Mac 2015

Aku harap dengan penurunan harga minyak dan jugak penurunan tarif elektrik yang baru ni nanti, sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan kepada pengguna. Dan aku harap sangat peniaga dan pembekal dapat turunkan harga barang korang. Jangan nak cekik darah sangat ye.  



You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter