Grand Launch Simplyd Cafe - Fun, Fresh & Tasty

Korang pernah dengar Simplyd Cafe tak? Kalau korang tak pernah dengar, Simplyd Cafe ini sebenarnya adalah satu cafe di bawah pengurusan The Delicious Group. Kalau ikutkan, Simplyd ini menawarkan konsep makanan ringan yang berbaloi, cepat, mudah dan yang paling penting segar tanpa bahan-bahan pengawet atau MSG. Menu-menu yang terdapat di Simplyd terdiri daripada mix-and-match pasta, burger dan kek.

 
Hari Khamis yang lepas, aku telah dijemput oleh pihak pengurusan Simplyd Cafe untuk bersama-sama mereka dalam majlis Grand Launch Simplyd Cafe yang bertempat di RoofTop Avenue K Kuala Lumpur. Majlis Grand Launch Simplyd Cafe hari tersebut memang meriah dengan demostrasi masakan oleh CEO Steve Allen dan Chef Tasha. 


Pada hari tu pun diadakan juga cabutan bertuah tapi aku tak cukup bertuah untuk menang hadiah utama dia iaitu iPad Mini. Huhuhu. Oh abaikan gambar lelaki di belakang tu.



Ini gambar waktu aku lepak-lepak dekat The Rooftop Avenue K. Memang cantik dekat luar ini. Cuaca waktu itu pun memang redup. Sedap minum Thai Mango Lychee dari Simplyd ni.

Dekat bawah ni pula antara hidangan yang aku nikmati semalam. Memang sedap kaw kaw. 

Burger Simplyd
Mini burger - Classic Beef, The Greek, Chicken Club dan The Veggies. Semalam juga ada dihidangkan dengan Honey, Soy & Garlic Chicken Skewer. Salad yang dihidangkan hari itu pula Avocado, Herb & Toasted  Seeds Salad. Macam tak percaya pula bila aku boleh makan salad. Aku bukan penggemar salad tapi salad ni memang sedap betul.

Pasta Simplyd
Antara hidangan pasta pula terdapat 4 pilihan pasta (Fusilli, Spaghettini, Linguine dan Angelhair). Pilihan pasta style juga ada 4 iaitu Carbonara, Creamy Seafood Marinara, Chilli Chicken "Pastamee" dan Salted Egg Pumpkin.

Lemonade Simplyd

Milkshake Simplyd
Pilihan minuman dekat Simplyd ni memang macam-macam. Tengok saja dalam menu, mesti korang buintang mata nak pilih air apa. Tapi, aku nak cadangkan korang pilih Nutella Milkshake. Memang berbaloi. :D

Dekat bawah ni aku sertakan menu-menu serta harga bagi setiap menu yang ditawarkan dekat Simplyd Cafe. Harga memang berbaloi dengan portion makanan yang dihidangkan. 

Menu Simplyd Cafe

Menu yang ada di Simplyd Cafe termasuklah Pasta, Skewer (cucuk), Burger, Sandwich, Salad, Pemanis Mulut (Kek dan Ais Krim) dan juga Minuman (Shakes, Iced Teas, Fresh Lemons, Tea, Coffee, Jus, Minuman dalam tin dan Air mineral)
 
Menu Simplyd Cafe
 
Dah tengok menu? Dah tengok harga? Dah terliur? Apa kata korang pergi sendiri untuk menikmati hidangan makanan ringan yang pasti berbeza daripada makanan ringan yang ada di pasaran Malaysia sekarang ni. Terdapat 3 outlet Simplyd buat masa sekarang ini iaitu:

Simplyd Nu Sentral
Simplyd Nu Sentral
Nu Sentral, Lot G9,
No 201, Jalan Tun Sambathan,
Kuala Lumpur.

Simplyd The Curve
Simplyd The Curve
The Curve, Lot 158, First Floor,
1 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara,
Petaling Jaya, Selangor.

Simplyd Avenue K
Simplyd Avenue K
Avenue K Shopping Mall, C-16A, Concourse Level,
156, Jalan Ampang,
Kuala Lumpur


Post a Comment

0 Comments