Mom And Baby Expo Di IDCC Shah Alam 6 Hingga 8 Mac 2015

Bermula daripada hari ni, 6 Mac 2015 sampailah 8 Mac 2015 (Jumaat, Sabtu dan Ahad), akan ada Mom And Baby Expo Di IDCC Shah Alam. Oh mula-mula aku nak mintak maaf lah sebab lepas-lepas ni kemungkinan besar entri-entri blog aku akan penuh dengan parenting punya stuff. Hahahha. Biasa la, perut dah nak meletup.

Mom And Baby Expo Di IDCC Shah Alam 6 Hingga 8 Mac 2015
 
Jadi, bagi mana-mana mak bapak yang tengah dalam perancangan nak beli barang-barang keperluan anak macam stroller, breast pump, baby cot, baju-baju baby dan sebagainya, inilah masa korang untuk mendapatkan barang-barang tersebut dengan harga yang mungkin murah (entah aku tak pernah pergi expo mak dan anak). Harap-harap memang dapat murah lah.

Kali ni, Mom And Baby Expo akan diadakan di IDCC Shah Alam. Setahu aku, tempat tu memang baru sesangat. Besar pun besar. Tapi tu tengok dari luar je lah. Tak pernah masuk dalam lagi.

Okaylah, dekat bawah ni ada info ringkas pasal Mom & Baby Expo 2015 tu nanti. Ada 2 kali tau expo ni. Satu dekat Shah Alam. Satu lagi dekat Johor. Yang aku share dengan korang ni yang dekat Shah Alam punya.
                         Tempat: IDCC Shah Alam
                         Tarikh: 6 bingga 8 Mac 2015
                         Masa: 10 pagi hingga 9.30 malam
                         Facebook: MOM & BABY EXPO

Kalau korang tak pasti IDCC Shah Alam ni dekat mana, nah ambik alamat ni. 
                        Jalan Pahat J 15/J Seksyen 15, 40000 Shah Alam, Malaysia


Kalau korang nak tau, Expo Mom & Baby ni merupakan expo terbesar di Asia Tenggara. Akan ada lebih kurang 400 booths, 700 jenama, 20 000 goodies bag, aktiviti pentas dan permainan serta cabutan bertuah setiap jam dengan pembelian RM150 ke atas (1.00 petang hingga 8.00 malam).   

Aku sebenarnya tak suka pergi tempat ramai-ramai orang sangat ni. Tapi, sebab baby punya pasal, hentam la labu. :D Mungkin aku akan pergi hari esok. Ada yang nak ikut?


0 comment... add one now