Pencarian Pemimpin Abadi Bersama Dr Hajah Niki Shuhada Shukor

Duit. Wang. Pendapatan. Bila aku cakap tentang duit, apa yang ada dalam fikiran korang? Duit tak cukup nak bayar macam-macam bil? Wang tak ada nak bayar hutang? Pendapatan tak setimpal dengan kos kehidupan sekarang? Atau sebenarnya kita yang tak pandai uruskan duit yang kita ada?

Dr Hajah Niki Shuhada Shukor

Mentor Keusahawan Dan Kewangan - Dr Niki Shuhadah Shukor


Baru-baru ni aku berkesempatan untuk turut serta dalam satu event blogger yang dianjurkan oleh HaiBlogger! iaitu Program Blogger Bijak Wang Bersama Dr Hajah Niki Shuhada Shukor. Kalau nak tahu, Dr Niki ini adalah seorang Mentor Keusahawanan dan Kewangan pioneer di Malaysia ni. 

Pencarian Pemimpin Abadi Bersama Dr Hajah Niki Shuhada Shukor
 
Dr Niki Shuhadah atau lebih senang dipanggil Mummy Niki sebenarnya telah melatih lebih daripada 5000 usahawan kewangan samaada secara persendirian, berkumpulan dari perseorangan hingga untuk sektor korporat. Beliau banyak terlibat dalam kursus-kursus latihan dan pembangunan korporat serta professional. Dengan pengalam lebih daripada 18 tahun dalam bidang kewangan, macam-macam anugerah yang telah diterima oleh beliau termasuk Top GLAM, Brand Ambassador serta Master Builder Award. 

Aku rasa sangat bertuah sebab dapat join program ni sebab banyak tips-tips, rahsia dan panduan menguruskan kewangan yang aku dapat terus daripada Dr Niki. Yang lebih istimewa, program kali ini diadakan di rumah Dr Niki sendiri di Bangi. Program kali ni lebih santai bermula dengan suai kenal dan juga soal jawab tentang panduan menguruskan kewangan serta peluang untuk menjadi perunding kewangan yang berjaya. Kalau korang masuk rumah Dr Niki, memang rasa teruja sangat. Dengan rumah tersergam indah dan deretan kereta mewah, kita boleh tahu betapa berjayanya Dr Niki ni.

Pencarian Pemimpin Abadi
Gambar kenangan bersama blogger-blogger serta pakar-pakar perunding kewangan yang berjaya di Malaysia.



Program Pencarian Pemimpin Abadi


Dalam Program Blogger Bijak Wang itu juga, selain daripada memberi pelbagai tips, panduan dan rahsia menguruskan wang secara berhemah, Dr Niki telah melancarkan satu program baru iaitu Pencarian Pemimpin Abadi. Pemimpin Abadi yang Dr Niki cari di sini adalah seseorang yang mempunyai ciri-ciri kepimpinanan yang berjaya dari pelbagai aspek - hubungan dengan Allah, hubungan dengan keluarga, berjaya dalam hidup dan juga untuk membantu orang lain maju dalam hidup mereka. Ini adalah satu peluang keemasan pada kita semua untuk berjaya bukan sahaja di dunia malah untuk bekalan di akhirat nanti. 

Pencarian Pemimpin Abadi Bersama Dr Hajah Niki Shuhada Shukor
  
Kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut tentang tips-tips, rahsia dan panduan untuk menguruskan kewangan ataupun kalau nak belajar macam mana untuk berjaya dalam bidang perundingan kewangan atau korang sendiri yang berminat untuk menjadi pakar perunding kewangan, korang boleh laman web, Facebook atau Instagram Dr Niki di bawah ni. Dr Niki juga akan selalu update tentang PROGRAM PEMCARIAN PEMIMPIN ABADI di medium-medium di bawah. Jadi, jangan lupa untuk mengikuti perkembangan beliau.


Ataupun, korang boleh terus walk in ke pejabat Dr Niki dekat alamat di bawah:

LSR - Life Assurance Resources,
32-3, 4th Floor, Jalan Wangsa Delima 6,
Kuala Lumpur Satelite Centre (KLSC),
Section 5, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
dr.niki.shuhadah@gmail.com

Pencarian Pemimpin Abadi

Kalau korang duduk jauh dan susah nak pergi ke pejabat Dr Niki tapi nak jugak mendengar tips-tips, panduan dan rahsia menguruskan wang dengan bijak, korang boleh dengar suara Dr Niki di corong radio melalui Program Bijakwang di Radio 93.9FM. Selain daripada program di radio, Dr Niki jugak banyak menganjurkan seminar dan kursus pembangunan korporat dan professional. Dengan pengalaman selama 18 tahun dalam bidang kewangan, segala ilmu yang ada pada Dr Niki ni tak rugi kalau kita ambil dan amalkan. 

Kredit gambar: SayaIday & Islam


Post a Comment

0 Comments