Punca Rasa Rendah Diri - Gigi Jarang

March 29, 2015

Pernah tak bila korang bercakap, orang tenung je korang. Bukan tenung dahi, bukan tenung mata, bukan tenung hidung. Tapi tenung gigi korang. Kalau gigi cantik, tak dek hal lah nak makin lebar tayang gigi. Tapi, bayangkan kalau gigi korang jenis yang jarang, sana kecik sini besar, sini terjulur sana terkedalam. Apa perasaan korang?

Aku pernah cerita dekat entri ni - Kenapa Aku Jarang Berkongsi Pasal Peribadi Dalam Facebook, Instagram dan Blog pasal kenapa tak suka ambil gambar. Sebab gigi aku tak cantik. Jarang dekat tepi. 

Nuffnang Invisalign

Sebabnya? Dulu aku jongang sikit (ayat penyedap hati). Lepas tu, ada gigi susu yang masih tak tumbuh lagi. Dentist aku cakap, kalau tak cabut 2 batang gigi tepi dan tak pakai braces, nanti aku jadi makin jongang. Jongang aku tu tahap sampai ada kesan gigi depan dekat bibir bawah. Dahsyat ke tak dahsyat.

Maka, demi kepercayaan aku terhadap dentist aku tu, aku pun cabut 2 batang gigi dan pasang pendakap gigi. Waktu tu memang terseksa jiwa dan raga. Tak boleh makan makanan keras-keras, tak boleh makan epal sebiji terus. Tiap-tiap bulan kena jumpa dentist untuk tarik dawai braces tu. 

Waktu pakai braces tu, dah lah aku pakai spek untuk belajar waktu diploma dulu. Kau bayangkan orang perempuan pakai pendakap gigi besi dan pakai spek. Bapak nerd gila kot nampak. Serius memang aku nampak nerd. Sampai aku tak pernah nak ambil gambar aku pakai pendakap gigi dengan pakai spek sambil senyum. Oh, kalau senyum pun, nanti bibir terlekat dekat braces tu. Sakit jugak tu. 

 Zaman-zaman pakai braces dulu. Gigi rongak dekat tepi.

Selama setahun setengah aku pakai pendakap gigi tu dengan harapan gigi aku cantik sampailah dentist aku cakap, "Okay, dah tak payah tarik dawai pendakap gigi tu dah." Tapi, bila aku tengok gigi aku, masih lagi jarang di bahagian tepi. Kalau jarang setakat antara 2 gigi je, tahan lah lagi. Ni jarang dia sampai antara 4 gigi belah kanan dan belah kiri.

Tapi, dentist aku kata, tak pe sebab nanti gigi belakang aku tumbuh, gigi yang jarang tu akan rapat lah semula. Selama tiga tahun aku pakai retainer demi nak memastikan gigi yang jarang tu akan rapat semula.

Dan, 4 tahun kemudian......

Nuffnang Invisalign

Really? Really, dentist ku? Ini kah serapat mungkin yang boleh? No no no! Aku sangat stress sebenarnya bila mengenangkan duit habis beribu-ribu tapi hasilnya macam ni. Korang tengok lah aku nak gelak pun nampak macam pelik. Tu tak tengok kalau aku senyum lagi. Aku senyum lagi lah nampak macam tak ikhlas. Sebab nak cover gigi jarang tu.  Sebab tu dulu aku jarang sangat nak bercakap dengan orang sebab gigi. Sebab gigi ni lah! Arghh!

Nuffnang Invisalign

Tapi, bak kata orang putih, life must go on. Nak tak nak, tak kan aku tak nak senyum bila jumpa orang. Tak kan aku nak selalu rasa rendah diri bila nak berdepan dengan orang. Tak kan aku nak senyap saja bila jumpa dengan orang.

Jadi, aku abaikan perasaan malu dengan gigi jarang ni. Aku mula bercakap dengan orang. Aku mula cuba bagi senyuman termanis pada semua orang walaupun senyuman aku tu nampak macam alien. Aku cuba untuk rasa yakin dengan penampilan gigi diri sendiri. Dan, dengan keyakinan ini lah aku mula join event yang blogger-blogger atau PR anjurkan sebab aku tak berapa yakin, tak ada gigi tu lebih teruk daripada gigi jarang. Dekat bawah ni adalah antara gambar-gambar aku join event blogger selepas aku dah yakin dengan gigi diri sendiri. Hahahha.






Korang punya gigi cantik ke tak? Kalau tak cantik, korang boleh cuba sertai kontest yang dianjurkan oleh Nuffnang ni. Sesiapa yang ada kerosakan pada gigi dia boleh cuba rawatan invisalign. Invisalign ni sebenarnya macam braces bertujuan untuk meluruskan dan merawat gigi berterabur semua. Tapi yang paling best pasal invisalign ni, braces dia lutsinar. Orang tak kan perasan pun yang korang tengah pakai braces. Kalau guna kaedah invisalign ni jugak korang boleh cabut dan pasang semula tanpa perlu pergi jumpa dentist. Pakai invisalign ni pun rasa selesa sangat.

Aku harap Nuffnang boleh pilih aku sebagai pemenang sebab aku betul-betul nak rasa konfiden dengan gigi yang cantik. Kalau gigi cantik, semua pun rasa yakin je nak buat. Betul tak? :)





You Might Also Like

8 comments

  1. Salam.. kat mana nak dapatkan Invisalign ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hidayah. Saya buat dekat Dental Avenue Putra Heights. Dieorang ade buat monthly installment. So boleh bayar sikit2 untuk tiap2 bulan. Hidayah duduk mana?

      Delete
    2. Berapa kos invisalign yg fadzi spent

      Delete
    3. Hi Anon, saya buat around RM20k jugak for the whole procedure. Tapi kene tengok pada klinik yang Anon nak pergi sebab kadang-kadang ada cas lain macam xray, cabut gigi mungkin lain

      Delete
  2. Assalamualaikum akak..gigi sy sekarang sama mcm gigi akak y jarang dekat tepi sebab sy cabut gigi belakang. So dia makin merenggang. Akak rasa patut sy pakai x braces ni? Segan laa gigi jarang ke tepi.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasihat saya pakai je. Saya faham perasaan segan nak senyum sebab gigi jarang tu. Go ahead, pakai :)

      Delete
  3. Salam kak.. nak tanya, kalau nak pakai braces utk gigi dpn saje ok x? Sbb sy jarang bahagian dpn smpai tepi (kiri kanan gigi) belah bwh, ats mcm jongang sikit hehehe tapi oklah huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Saya rasa kalau awak pergi jumpa denstist, dieorang akan suggest awak pakai full dari depan ke belakang. Kalau belah depan je saya tak pasti pulak boleh ke tak

      Delete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter