Senarai Tempat Dan Aktiviti Yang Menarik Di Taiwan

Dalam banyak-banyak tempat perlancongan di dunia ni, Taiwan merupakan salah satu daripada tempat aku nak sangat pergi. Pelik tak? Hahahha. Kalau orang lain mesti nak pergi Paris ke nak pergi Holland ke nak pergi tempat-tempat menarik lain kan? Tapi, aku nak pergi Taiwan. Kenapa? Sebab banyak sangat aktiviti LOHAS yang boleh dibuat dekat Taiwan yang orang kita tak tahu.

Blog your way to Taiwan

Taiwan ni boleh dipecah-pecahkan kepada 4 bahagian iaitu Taiwan Utara, Taiwan Selatan, Taiwan Timur dan Taiwan Tengah. Setiap bahagian ni mempunyai macam-macam aktiviti outdoor, tempat makan dan tempat untuk membeli-belah yang terkenal. Tapi, hari ni aku nak cerita tempat-tempat dan aktiviti-aktiviti outdoor menarik yang boleh dibuat di Taiwan ni.
 

Aktiviti Dan Tempat Yang Menarik Di Taiwan

1. Kolam Air Panas

Dekat Taiwan sebenarnya ada banyak kolam air panas. Daripada apa yang aku tengok dari gambar-gambar perlancongan dekat Taiwan, kolam air panas diaorang sangat cantik sangat bersih dan sangat terjaga kalau nak dibandingkan dengan kolam air panas di Malaysia. Terdapat juga beberapa peraturan sebelum kita dapat berendam dalam kolam air panas dekat Taiwan ni. Nampak macam leceh kan tapi sebenarnya aku rasa bagus sebab dapat jaga kebersihan kawasan kolam dan diri kita sendiri jugak. Ada beberapa kolam air panas yang popular di Taiwan. Dekat bawah ni aku senaraikan mengikut bahagian-bahagian kawasan Taiwan.

Kolam air panas Taiwan
  • Taiwan Utara - Xinbeitou, Shamao Mountain, Wulai dan Jinshan.
  • Taiwan Selatan - Guanziling, Baolai & Bolao dan Sichongxi.
  • Taiwan Timur - Antong, Rueisuei dan Jhihben.
  • Taiwan Tengah - Dongpu, Guguan dan Tai-an.

2. Taiwan Leisure Farm

Berkonsepkan Homestay di kawasan ladang, Taiwan Leisure Farm ni salah satu tempat yang popular untuk dikunjungi oleh pelancong. Konsep ini sebenarnya memberi peluang kepada pelancong untuk menikmati dan mendekatkan diri dengan alam fauna. Selain itu, pelancong pun boleh melihat secara dekat ternakan lembu, kambing dan ayam. Macam-macam aktiviti yang boleh dibuat dekat Taiwan Leisure Farm ni contohnya kraftangan, buat makanan ringan, main permainan tradisional serta menikmati keindahan 4 musim di Taiwan. Dekat bawah ni aku senaraikan beberapa Leisure Farm yang ada dekat Taiwan sebagai rujukan korang.

Taiwan Leisure Farm

  • Shangrila Leisure Farm
  • Tai Yi Ecological Leisure Farm
  • Long Yun Leisure Farm
  • Toucheng Farm
  • Zhuo Ye Cottage

3. Aktiviti Untuk Minda Dan Fizikal

Dekat Taiwan ni macam-macam aktiviti untuk melapangkan fikiran dan menguatkan fizikal yang boleh kita buat. Mungkin dekat Malaysia ni selalunya kita akan pergi ke spa-spa tengah bandar saja. Tapi dekat Taiwan ni, aktiviti-aktiviti macam ni dibuat dekat gunung-ganang dan di persekitaran yang menghijau. Antara contohnya aktiviti menyeimbangkan fizikal dan mental yang boleh dibuat di Taiwan adalah:

Taiwan Massage

  • Zen meditation
  • Yoga
  • Qiqong
  • Tai Chi 
  • Spa
  • Akupunture
  • Urutan Kaki/Badan
  • Naprapathy 


4. Aktiviti Lasak

Kalau ada yang berminat dengan sukan-sukan lasak pula, Taiwan pun ada tawarkan pelbagai aktiviti yang korang boleh sertai sama ada bersendirian atau beramai-ramai. Antara aktiviti lasak yang korang boleh cuba di Taiwan nanti:

Taiwan Water Rafting

  • Mountain Biking
  • Mountain Climbing
  • Scuba Diving
  • Water Rafting
  • Sailing/Windsurfing
  • Surfing


5. Aktiviti Santai

Kalau korang jenis yang tak minat aktiviti-aktiviti lasak, jangan bimbang. Taiwan pun ada pelbagai aktiviti santai yang korang boleh cuba. Aku faham setiap kita berbeza-beza citarasa kan. Ada yang gila sukan lasak dan ada juga yang suka pergi berjalan-jalan secara santai. Contoh aktiviti santai yang boleh dilakukan di Taiwan:

Bird Watching Taiwan

  • Bird Watching
  • Bath House
  • Camping
  • Cycling
  • Sunset Watching


Orang cakap dekat Taiwan susah nak dapatkan makanan halal. Eh eh eh, korang dah pergi ke Taiwan tu? Ke dengar-dengar cakap orang saja? Kalau nak diikutkan, tak perlu nak risau pasal makanan dekat Taiwan tu sebab banyak je restoran-restoran halal Morocco, India, Pakistan dan juga masakan tradisi Taiwan yang sesuai untuk orang Islam. Kalau korang nak tengok antara restoran-restoran halal di setiap bahagian di Taiwan ni, korang boleh rujuk dekat sini - Senarai Restoran Halal di Taiwan. 


Kenapa aku nak sangat pergi ke Taiwan?

Aku sebenarnya dah lama tak pergi berjalan melancong ke mana-mana even dalam Malaysia sekali pun sejak mengandung. Sepanjang aku mengandung, suami aku jaga aku bagai nak rak. Kesian pun ada jugak aku tengok dia. Jadi aku rasa nak belanja suami aku pergi jalan-jalan ke Taiwan sebagai tanda terima kasih sebab bersabar melayan karenah aku sebeleum, semasa dan selepas bersalin. Sweet tak aku? :D 

Oh ya, kalau korang nak tengok-tengok pasal perlancongan dekat Taiwan ni, korang boleh cuba usha dekat Facebook dan laman web dekat bawah ni.

 

Post a Comment

0 Comments