Tips Membeli Kasut Bola

Aku bukanlah pakar dalam sukan bola sepak, namun aku nak berkongsi sikit dengan korang semua mengenai tips membeli kasut bola online atau ciri-ciri kasut bola yang terbaik untuk korang miliki. Eceyh eceyh hahahaha. Al maklumlah baru je lepas beranak anak lelaki minggu lepas kan. Terus rasa macam nak buat team bola sepak bila dah ada ramai lelaki dalam keluarga.

Baby boy
My precious boys

Well, secara jujur aku rasa untuk apa-apa jenis sukan yang kita ceburi, pemilihan kasut adalah yang paling penting selepas pemilihan pakaian sukan yang sesuai. Ini kerana, tanpa kasut yang betul dan baik, prestasi sukan kita akan terganggu malah akan memberikan kita risiko mendapat kecederaan.


Tips Membeli Kasut Bola 

 

Struktur Dan Material Kasut

Yang penting, korang kena beli kasut yang benar-benar selesa di kaki korang. Perhatikan juga struktur kasut tersebut dan material yang digunakan untuk membuat kasut tersebut.

Tips Membeli Kasut Bola

Saiz

Jangan beli saiz yang terlalu besar atau terlalu kecil. Pastikan saiz kasut tersebut bertepatan dengan saiz kaki korang. Korang tak nak kaki korang melecet selepas bersukan kan?

Trendi

Pilih kasut bola yang trendi. Well, looks matter! Kalau tak pilih yang trendi-trendi, korang akan rasa macam ketinggalan zaman pulak. Betul tak?

Tips Membeli Kasut Bola

Tapak Berkualiti 

Dan pilih kasut bola yang mempunyai struktur tapak yang benar-benar berkualiti dan memberikan sokongan kepada kaki korang.

Rekabentuk Dynamik

Terakhir sekali, beli kasut bola yang direka dengan reka bentuk aero dynamik yang boleh membantu melancarkan pergerakkan korang semasa di padang. 

Tips Membeli Kasut Bola
 
Hohohoho. Nampak gayanya lepas ni aku kena beli 2 pasang kasut sukan lah - satu untuk laki dan anak jantan aku tu. Lepas ni boleh lah buat team bola sepak. :D



0 comment... add one now