AK Avenue Rooftop – Tempat Yang Sesuai Untuk Buat Event

April 18, 2015

Sebelum ni aku dah 2 kali pergi ke AK Avenue tapi aku tak pernah tahu adanya AK Avenue Rooftop ni. Hari tu masa aku join Grand Launch Simplyd, baru aku sedar dekat atas bangunan AK Avenue ni ada satu tempat yang sangat cantik dan sesuai untuk diadakan sebarang majlis atau aktiviti.

AK Avenue Rooftop
AK Avenue Rooftop ni ada dua bahagian iaitu bahagian tertutup dan open air. Yang aku nak cerita sekarang ni adalah bahagian open air tu. Bahagian dalam tu macam biasa saja tapi bahagian open air tu waktu siang cantik dan waktu malam pulak nampak macam romantik.

AK Avenue Rooftop
Laki aku duduk atas kerusi ni like a boss sangat. Sambil silang kaki sambil minum air. Hamboih.

AK Avenue Rooftop

Ini gambar lama, waktu aku tengah sarat mengandung. Lagi gatal nak join event time-time dah sarat ni kan.


AK Avenue Rooftop
AK Avenue Rooftop ni sangat sesuai kalau nak buat event outdoor. Dekat sini bahagian lantai ditutup dengan karpet hijau macam rumput. Luas jugak kawasan yang ditutup dengan karpet hijau tu. Ada beberapa set kerusi dan meja untuk orang duduk melepak. Ada jugak pentas untuk buat persembahan dan sebagainya. Perhiasan yang paling unik dekat AK Avenue Rooftop ni mestilah 3 buah replika burung yang berwarna putih, kelabu dan pink ni.

AK Avenue Rooftop

Tapi, dalam banyak-banyak yang aku nampak dekat AK Avenue Rooftop ni, yang paling mengkagumkan aku adalah pemandangannya. Korang tengok kiri kanan, korang akan nampak banyak bangunan mengelilingi AK Avenue Rooftop ni. Sekarang ni yang cantik adalah bangunan-bangunan tinggi seperti bangunan Maxis dan Menara Berkembar Petronas. Bila pusing ke tepi sikit, korang akan nampak banyak bangunan yang masih dalam pembinaan. Nampak sedikit spoil la sikit. Tapi aku rasa lepas semua bangunan tu siap nanti, mesti pemandangan dia bertambah-tambah cantiknya.


AK Avenue Rooftop

Dan kalau hujan pulak, jangan risau. AK Avenue Rooftop ni ada kawasan yang bertutup. Besar jugak kawasan yang tertutup tu. Bahagian yang tertutup tu ada pentas dan tempat duduk yang direkabentuk sebagai tangga. Bahagian yang tertutup tu ada dekat belakang suami aku tu. Yang berkaca hitam tu. 


AK Avenue Rooftop

Jadi, kalau korang rasa macam nak buat event yang gempak, apa kata korang buat dekat AK Avenue Rooftop ni. Mesti menarik. Lepas tu jangan lupa ajak aku sekali tau.




You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter