Baby Aneeq

Oh ya, korang tahu ke tak sebenarnya hujung bulan Mac yang lepas, aku baru saja melahirkan seorang baby boy? Aku lahirkan baby Aneeq tu dekat Pusat Perubatan Universiti Malaya. Dan sebelum GST. Jadi, aku sempat lah nak lari sikit daripada kos GST tu. Hehehe.

Nama baby boy aku tu Aneeq Asyraf. Payah jugak nak cari nama baby ni sebenarnya. Mungkin aku je kot yang susah sebab Zul sangat particular tentang nama. Tak nak panjang-panjang, tak nak nama sama yang dah ada dalam family besar dia, tak nak nama-nama biasa yang dah ramai orang pakai, tak nak nama sama dengan anak kawan-kawan dia.

Akhir sekali, Zul setuju lah dengan nama Aneeq Asyraf. Sebab katanya biarlah satu nama rare satu lagi nama yang biasa-biasa orang dengar.  
Baby Aneeq semasa lahir. Lebat sungguh rambut dia. Bibir pun merah sangat. Rasa nak cium cium cium je.

Baby Aneeq masa hari ke14. Cukur rambut. Tak ada buat majlis pun. Cukur sendiri-sendiri. Tapi disebabkan rambut baby Aneeq panjang dan lebat, 2 hari baru siap cukur.

Baby Aneeq umur sebulan. Dah besar budak ni, Berat pun berat jugak. Hehehe. Aku sampai sakit-sakit tangan dukung dia. Tak lah, bukan sebab dia berat. Tapi sebab aku tak minum susu. Bila tak minum susu, aku hilang langsung kalsium untuk diri sendiri.

Aku tak pasti aku nak baby Aneeq cepat-cepat membesar atau kekal macam ni lama sikit. Kalau cepat besar nanti, aku rindu pulak waktu-waktu bersengkang mata jaga budak ni  tengah-tengah malam. Tapi, kalau die kekal kecil macam ni, sampai bila-bila pun aku tak kan keluar bekerja sebab tak sanggup nak tinggal dia dekat orang lain. 

Baby Aneeq, grow up and be good sayang. Set? High 5! Good! :D


Post a Comment

0 Comments