Cara Mudah Tak Nak Bagi Pakaian Terbakar Semasa Iron Baju

Sebagai seorang suri rumah yang bijak, aku tak selalu buat kerja rumah hari-hari pun. Penat kot kalau nak buat kerja rumah hari-hari. Aku selalunya akan bahagi masa hari ni buat chores ape, hari esok buat chores apa dan hari seterusnya buat kerja rumah apa. Nak nak lagi bila dah ada anak ni, memang masa untuk aku buat kerja rumah terhad sangat. Al maklumlah, first time mom. Banyak perkara pasal jaga baby ni yang aku tak pandai lagi. Ambil masa sikit kalau nak buat sesuatu tu.

Phillips PerfectCare Azur

Dalam banyak-banyak kerja rumah, yang aku rasa paling penat aku nak buat adalah seterika pakaian. Biasanya aku akan seterika pakaian sekali seminggu pada hujung minggu. Lepas basuh dan keringkan pakaian, aku terus lipat mana yang perlu dan seterika mana yang patut. Yang penat pasal seterika pakaian ni, tiap-tiap kali iron baju jenis yang berbeza, aku kena adjust setting suhu dekat seterika tu. Leceh. Kadang-kadang kalau aku malas nak adjust setting tu, sampai terbakar terutamanya tudung sebab tudung tu nipis daripada baju-baju lain.

 

Tapi, baru-baru ni aku ada guna iron Phillips PerfectCare Azur, kerja mengseterika pakaian aku jadi makin senang. Apa yang buat aku jatuh cinta dengan seterika Phillips PerfectCare Azur ni adalah dia memudahkan kerja aku dengan teknologi-teknologi inovatif seperti:
  • Teknologi Optimal Temp - Memastikan suhu seterika sesuai dengan pakaian. Seterika Phillips PerfectCare Azur ni boleh menyeimbangkan suhu dan stim untuk memudahkan, mempercepatkan dan lembut pada semua material yang boleh diseterika.
  • Teknologi Smart Control – Penggunaan pemproses untuk menetapkan suhu yang tepat untuk setiap jenis material yang diseterika.
  • Teknologi HeatFlow – Memastikan stim yang sama rata dan suhu yang seimbang supaya kesemua permukaan material yang diseterika tiada kedutan ketara.
  • Teknologi Double Active Calc Clean – Sistem pembersihan untuk mengurangkan pembentukan mineral dalam takungan air yang digunakan untuk menghasilkan stim.
  • Teknologi Quattro Precision Tip – Boleh melicinkan kedutan degil material kain di kawasan yang susah diseterika.


Kelebihan Phillips PerfectCare Azur Iron

  • Terpadam secara automatik kalau ia dibiarkan tanpa digunakan.
  • Tak perlu menetapkan setting suhu yang berbeza untuk jenis material kain yang berbeza
  • Pelbagai jenis material boleh diseterika tanpa menyebabkan kain rosak atau terbakar (Kain sintetik, wool, sutera, cashmere, linen, cotton)
  • Boleh menghilangkan kedutan degil di bahagian-bahagian yang susah diseterika

Banyak lagi pilihan barangan elektrik Phillips PerfectCare Azur yang korang boleh pilih. Bukan setakat seterika saja. Harga-harga barangan elektrik tu pulak dalam lingkungan RM459 hingga RM599 (sebelum GST). Iron Phillips PerfectCare Azur yang aku ada ni berharga RM599 tapi lepas sale jadi RM529. 


Nampak agak mahal kan? Tapi memang berbaloi dengan teknologi-teknologi dan aspek keselamatan yang ada dalam barangan elektrik ni. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal barangan elektrik keluaran Phillips PerfectCare Azur ni, korang boleh layari laman web Phillips dan Blip.my

Sebenarnya aku ada buat video review untuk seterika Phillips ni tapi nak edit video tu ambil masa, jadi aku tak jadi nak letak video tu. Hahaha.


Post a Comment

0 Comments