Contest Make Your Dream Smile A Reality

April 12, 2015

Kalau korang ada akaun Nuffnang, mungkin korang perasan bulan lepas Nuffnang ada buat satu contest iaitu Contest Make Your Dream Smile A Reality. Mungkin ada antara korang yang join contest tu atau ada jugak antara korang yang tak perasan pun pasal contest tu. Aku bab-bab contest, rajin jugak lah nak join. Jadi aku pun ter’join’ jugak lah contest Nuffnang Make Your Dream Smile A Reality.

Nuffnang

Kontest tu pasal apa? Contest tu senang sangat sebab tu aku tak segan silu nak join. Syarat mudah contest tu adalah buat satu entry tentang macam mana korang jadi yakin diri dengan senyuman yang indah. Kenapa senyuman? Sebabnya hadiah yang ditawarkan sangat sangat sangat sangat lumayan. Hadiahnya adalah rawatan gigi invisalign yang bernilai RM20 000. Dannnn, aku adalah salah seorang daripada 3 orang yang dipilih sebagai pemenang. 

Kalau korang nak baca entri yang aku tulis untuk contest ni, korang boleh baca entri Punca Rasa Renda Diri – Gigi Jarang. Siap dengan gambar gigi aku dari pelbagai sudut lagi aku tepek dalam entri tu. Pada mulanya, aku tak jangka pun aku boleh menang. Memang lah aku masuk contest ni mengharapkan kemenangan tapi tanpa disangka-sangka boleh menang pulak. Alhamdullilah. Tambha-tambah lagi, aku memang memerlukan rawatan gigi ni untuk betulkan balik susunan gigi aku ni.

Contest Make Your Dream Smile A Reality

Pada 7 April 2015 yang lepas, Sam daripada Nuffnang ada telefon dan Whatsapp aku. Waktu tu pulak aku tengah berurut dan bertungku pantang. Jadi, aku tak angkat lah telefon. Bila dah siap berurut dan bertungku, aku tengok telefon, ada nombor yang tak dikenali. Aku pun tak adalah nak telefon semula. Jadi, aku abaikan saja. Bila aku on kan internet, dapat Whatsapp daripada Sam Nuffnang cakap aku menang contest tu. Laju-laju aku balas Whatsapp dia. 

Contest Make Your Dream Smile A Reality

Nasib baik aku cepat on internet. Kalau tak, hadiah tu akan diberikan kepada orang lain. Hui, menangis tak sudah aku karang. Sekarang ni, aku tak sabar nak habiskan pantang dan dapatkan surat rasmi untuk rawatan gigi daripada The Invisalign Maker tu. InsyaAllah, nanti aku akan update setiap rawatan yang aku buat. Mana tau, ada antara korang yang nak buat jugak kan. 

Apa-apa pun, Alhamdullilah syukur ya Allah, terima kasih The Invisalign Maker dan terima kasih Nuffnang. Aku anggap ini rezeki baby Aneeq.



You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter